USUL: KEMBALIKAN HAK WILAYAH LAUT NEGERI, TOLAK AKTA 750

Akta 750 atau Akta Wilayah Laut 2012 telah diluluskan pada 18 April 2012 untuk bagi memenuhi keperluan UNCLOS (United Nation Law of the Sea) sepatutnya hanya menentukan garis sempadan antarabangsa bagi malaysia.

Seksyen 3(3) Bagi tujuan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Akta Perlombongan 1966 [Akta 95], Kanun Tanah Negara [Akta 55/56], dan Undang-undang bertulis berkenaan Tanah yang dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan perairan wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai apa-apa bahagian laut yang bersebelahan dengan pantai itu tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari paras air surut.

Akta ini secara sengaja telah digunakan merampas pelantar benua/ wilayah laut negeri-negeri dengan menghadkannya hanya kepada 3 batu nautika. Ia bertentangan dengan undang-undang negeri bagi Sabah dan Sarawak berdasarkan;
1) Ordinan Tanah Sabah dan Ordinan Tanah Sarawak
2) North Borneo (Alteration of Boundries) Order in Council 1954 dan 1958 bagi tujuan Pelantar Benua kedua-dua Negeri ini.
Negeri-negeri di semenanjung seperti Kelantan dan Terangganu ia adalah bertentangan dengan hak negeri yang termaktub di dalam
1)  Kanun Tanah Negara yang meletakkan hak tanah di bawah negeri

Akta 750 bertentangan dengan juga Perlembagaan;
1) Artikel 2
“mengubah sempadan mana-mana Negeri, tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.

2) Artikel 76 Perlembagaan
“Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu.
(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:
(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau
(b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua Negeri atau lebih;atau
(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri.”

Maka Akta ini perlu ditolak:
1) kerajaan negeri yang diperintah- kerajaan negeri boleh mengusulkan di dalam DUN dan boleh mengheret Kerajaan Persekutuan ke Mahkamah berdasarkan Artikel 4(3) dan 4(4) Perlembagaan
2) Mengusulkan ke DUN bagi negeri-Negeri yang tidak diperintah melalui Adun2 Pas.
3) Mengusulkan ke Parlimen yang Akta ini tidak memenuhi Peruntukan Artikel 2 dan 76 Perlembagaan.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa