“Ustaz” yang dituduh membodohkan orang sabah itu sebenarnya adalah pejuang masyarakat di pedalaman!

Saya amat terkejut dengan viral video mengenai sahabat saya sdr Hisammudin Sulaiman yang kononnya ‘mengamuk’ di sebuah bank di Keningau. Penyebarannya begitu pantas merebak segenap ruang facebook, whatsapp dan media sosial. Bukannya kerana isi video itu, tapi tuduhan-tuduhan, cacian hingga ke sumpah saranah dan ancaman yang dikongsikan bersama video itu yang membuatkan saya benar-benar terkedu.