“Ustaz” yang dituduh membodohkan orang sabah itu sebenarnya adalah pejuang masyarakat di pedalaman!

Saya amat terkejut dengan viral video mengenai sahabat saya sdr Hisammudin Sulaiman yang kononnya ‘mengamuk’ di sebuah bank di Keningau. Penyebarannya begitu pantas merebak segenap ruang facebook, whatsapp dan media sosial. Bukannya kerana isi video itu, tapi tuduhan-tuduhan, cacian hingga ke sumpah saranah dan ancaman yang dikongsikan bersama video itu yang membuatkan saya benar-benar terkedu. Caption “Ustaz semenanjung membodohkan orang sabah” cukup perisa untuk menjolok kemarahan “orang-orang sabah” walapun tanpa melihat keseluruhan video atau mendapat maklumat dari sumber sebenar. Lagi siok tidak perlu sebar video, sebar gambar kawan tu saja, letak caption terus hentam dan keroyok secara beramai-ramai. Job done!

Saya bukanlah mahu mempertahankan dia sebagai kawan, tetapi saya terpanggil mempertahankan beliau kerna dedikasi, kesungguhan dan pengorbanan beliau di pedalaman yang menuntut kita sepatutnya tarik nafas dan berhenti sekejap, ambil gambaran yang lebih besar atau dapatkan maklumat dari sisi yang lain. Kan itu yang amat dituntut. Dalam agama dipanggil ber’Tabayyun’ atau mencari kejelasan tentang sesuatu hingga jelas kebenarannya.

“Ust Hisamuddin” ini dituduh orang semenanjung yang “membodohkan orang sabah” kerana sentimen Sabah-Semenanjung itu memang super sensitif. Lebih-lebih lagi bila pakai kopiah, jubah memang ngam pakejnya. Orang semenanjung dan orang agama yang jahat!

Ramai yang tidak mau peduli pun ini “Ust Hisamuddin” sudah membawa diri dari semenanjung dan bermastautin sepenuhnya di sabah. Walhal Isteri dan anak-anaknya orang sabah!

Semua tidak mau ambil tau yang dia buka pusat pengajian di rumahnya mengambil anak-anak yatim, mualaf dan susah dari pedalaman yang dia tanggung sepenuhnya. Ramai yang tidak mau ambil tau kerja dia membuat surau di kampung-kampung serta kerja kebajikan di pedalaman atas ngo beliau Pensiangan Muslim Care. Malah ramai yang tidak mau ambil tahu latarbelakang beliau yang aktif sebelum ini bersama parti politik yang menggerakkan usaha kesedaran masyarakat di pedalaman!

Bermula dengan perjuangan parti politik, seterusnya beliau menggerakkan kesedaran rakyat di pedalaman melalui ngo Tabah (Bela Tanah Rakyat Sabah) yang beliau pengerusikan. Saya menjadi setiausahanya ketika itu. Beliau pernah ditahan dan disoalsiasat kerana bersama orang kampung mempertahankan tanah adat mereka.

Kemuncak perjuangan kami melalui Tabah ialah menggerakkan himpunan rakyat ke pejabat ketua menteri pada tahun 2012 bagi menuntut DSP Musa Aman supaya serius menyelesaikan masalah tanah di seluruh negeri sabah. Himpunan yang julung kalinya menghimpunankan segenap peringkat masyarakat dari seluruh sabah setelah pelbagai usaha melalui memorandum dan sebagainya kurang mendapat perhatian sebelumnya.

Apabila beliau berehat dari dunia politik beliau menubuhkan ngo Pensiangan Muslim Care bagi meneruskan kerja kebajikan dan kemasyarakan di pedalaman. Pelbagai usaha dilakukan dengan mendirikan surau di kampung-kampung yang ketiadaan surau, memberi makan melalui program Qurban dan Akikah, memberikan keperluan seperti makanan dan pakaian. Dan bermacam-macam lagi usaha dilakukan memberi manfaat samada kepada islam mahupun bukan islam.

Terbaru usaha beliau untuk memberi didikan agama melalui Tahfiz yang ditubuhkan oleh beliau sendiri dengan mengambil anak-anak dari pedalaman. Kesemuanya beliau tanggung sendiri. Malah beliau jaga dan didik seperti anak sendiri.

Sifat pejuang dalam diri beliau tetap tinggi walaupun tidak berada di pentas politik. Keinginan beliau supaya masyarakat di pedalaman punyai kesedaran dan bangkit dari ditindas lah yang menyebabkan beliau secara spontan bersyarah seperti dalam video yang menjadi viral tersebut.

Mesej ringkas yang saya dapat dari beliau sewaktu video tersebut mula berlegar di media sosial..

“Saya perihatin dan kesian kpd org kg. Berbaris berjam2 utk dptkn khidmat BSN.
1. Ada yg duduk di lantai..
2. Ada warga mas
3. Ada kanak2 dan ada ibu yg mendukung anak kecil..menangis2 anak2 kecil
4..Ada Ibu Mengandung
5.. Tak Ada No/Angka Giliran
6.. Kaunter Yg Penting hanya di buka Satu lorong…sdgkn ada tiga lagi kaunter kosong.
Perkara ini sudah berlarutan bertahun2 dan tidak ada yg berani komplen.
Ini lah Cwgn BSN Bank Yg Paling Lembab Memberi Perkhidmatan”

Jadi fikir-fikirkanlah. Sepatutnya tepuk dada tanya akal yang waras bukan dengan nafsu yang amarah!

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa