Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

Hidup Ini Satu Anugerah

Mungkin kita biasa mendengar cerita orang yang berjalan dalam tidur. Biasanya dia tidak akan sedar apa yang dilakukannya. Mata terpejam, bila ditegur tidak akan menjawab terkapai-kapai bila dikejutkan dan mungkin akan sambung tidur kembali ke katilnya.

Begitu juga dengan kehidupan. Sebahagian masih belum sedar apa yang dilakukan. Mereka seperti tidur dalam berjalan sebagaimana kehidupan yang dilalui. Dan hanya akan sedar bila hanya sampai ke hujung usia. Mereka dikejutkan dengan kesakitan akibat kurang penjagaan kesihatan sewaktu muda dengan ajal yang semakin hampir. Saat inilah merasakan masa berlalu begitu pantas. Mereka inilah yang sebenarnya berjalan dalam tidur dalam kehidupan ini. Tiada apa yang dapat dibanggakan malah penuh dengan penyesalan. Tetapi ianya  sudah terlewat..

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”

Pepatah Melayu

Sekeping Duit  Syiling

Kehidupan diumpamakan sekeping duit syiling yang hanya ada dua permukaan. Sebelah dipanggil kepala, sebelahnya dipanggil bunga. Inilah perspektif kehidupan. Sebahagian kehidupan yang anda pilih; kekayaan, kebahagian, kejayaan, keseronokan, kesenangan, kesejahteraan dan lain-lain lagi sisi positif. Manakala sebahagiaan lagi membawa kepada kegagalan, kepapaan, penderitaan, kesusahan, dan lain-lain yang berada dalam sisi negatif kehidupan. . Sebagaimana Hadis Nabi ada menyatakan 5 perkara mengenai kehidupan:

Muda sebelum tua;

Sihat sebelum Sakit;

Lapang sebelum Sibuk;

Kaya sebelum Miskin;

Hidup sebelum Mati;

Kelima-lima prinsip ini berpasangan sebagaimana duit syiling tadi. Ianya akan menjadikan hidup anda sesuatu yang hebat, penuh bermakna jika diamalkan. Allah S.W.T menganugerahkan kita kehidupan, tetapi berapa ramai manusia hidup sdalam kemiskinan, kesempitan masa, dihinggapi penyakit kronik, kerisauan di usia tua dan kematian yang bakal mendatang. Terlalu ramai manusia menumpukan pada perkara yang negatif ini. Sehinggakan kehidupan menjadi cabaran dan dugaan yang hebat buat mereka.

Kita tidak boleh lari dari kematian. Ianya PASTI, janji dan ketentuan dariiNYA. Tetapi bukankah Allah S.W.T menjadikan kita hidup untuk menghayati kehidupan ini di samping memperbanyakkan amal kepadaNYA di samping sumbangan pada kesejahteraan sejagat? Tidakkah Allah mengkehendaki kita menjadi insan yang hebat? Punyai harga diri yang tinggi. Tidakkah sebaiknya jika kesempatan ruang masa yang diberikan ini kita manfaatkan sebaiknya supaya dengan kesihatan yang ada, kita dapat melakukan amalan baik yang dituntut; masa yang ada digunakan dengan sebaik mungkin untuk kebahagiaan dan kesejahteraan manusia; kekayaan rezeki yang dianugerahi dikongsi dengan yang  memerlukan. Bukankah ini lebih baik dari mengenang sesuatu yang malang?

Anda adalah apa yang anda inginkan

Diri anda adalah suatu anugerah semula jadi daripada Allah s.w.t kepada anda. Dari permulaan anda diciptakan anda adalah wira yang hebat, mengatasi jutaan wira yang lain yang berlumba-lumba untuk sampai ke rahim ibu anda. Wira itu adalah spermatoza daripada ayah anda yang dicantumkan dengan benih yang hebat? Anda boleh jadikan teladan ini dalam mengharungi cabaran kehidupan ini!

Hidup adalah satu anugerah yang paling berharga. Jika anda faham hakikat ini bahawa ia terlalu bernilai untuk dipersiakan tentunya anda  menghargai dan mensyukuri kehidupan ini. Kehidupan lebih dari satu aktiviti biologi seperti degupan jantung. Kehidupan penuh dengan emosi. Ia juga penuh dengan kepintaran yang menguasai dan membentuk diri anda. Anda akan menggunakan setiap peluang yang ada untuk mencorakkan kehidupan yang anda banggakan. Tidak ada masa anda yang harus dibazirkan. Setiap detik pada degupan jantung dan denyutan nadi akan digunakan sebaiknya secara konsisten. Meningkatkan diri anda ke satu tahap kehidupan yang lebih baik dan lebih bermakna. Setiap hari yang anda lalui adalah satu anugerah yang menghubungkan satu titik ke satu titik kehidupan yang penuh bermakna. Kehidupan lebih berharga dari emas dan permata!

Ambil beratlah dan lakukan apa yang anda suka, jika tidak anda anda akan dipaksa menyukai apa yang anda lakukan.”

George Bernard Shaw

Bersyukurlah

Berterima Kasihlah. Nyatakan kesyukuran kerana kontrak hidup anda masih disambung. Allah swt masih memberi peluang kepada anda untuk melihat sinaran matahari pagi yang indah, mendengar kicauan burung, jeritan manusia,  pelbagai ragam diwaktu pagi menandakan permulaan satu hari yang baru. Sebutlah berulangkali “Alhamdulillah” sebagai meyatakan terima kasih. Tanda syukur kita pada rezeki yang diberikan, pada kesihatan baik yang dianugerahi, pada ilmu dan pengalaman yang bertambah dan pada apa jua yang menjadikan kita semakin berguna dan hebat.

Ucapkkan terima kasih pada ayah ibu yang membolehkan anda melihat dunia. Mereka memberikan pendidikan secukupnya walaupun terpaksa melakukan banyak pengorbanan untuk menjadikan anda insan yang sempurna.

“Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu” (Ibu bapamu)”

Luqman: 14

Nyatakan terima kasih pada sesiapa saja; adik beradik, saudara mara, guru anda, pensyarah atau bos dan mungkin rakan sekerja anda. Berikan terima kasih anda pada sesiapa saja. Ia menunjukkan betapa kita menghargai sumbangan insan lain dalam kehidupan anda. Bersyukurlah dengan apa yang anda perolehi. Mintalah apa yang masih diperlukan. Berdoalah setiap kali solat terutama subuh diawal pagi. Ini bermakna kita menghargai hidup ini. Memohon agar umur yang panjang membolehkan kita terus melakukan amal ibadat kepada-Nya.

Kredit to: Md. Taib Mat, Anda Berhak Hebat

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa