Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

KRITERIA UNTUK MEMBELI HARTANAH

Membeli hartanah memerlukan modal yang besar dan komitment jangka masa panjang, sama ada hartanah untuk kegunaan sendiri atau pelaburan. Oleh itu hartanah yang dipilih mestilah tepat dan terbaik. Berikut adalah beberapa faktor penting untuk pembeli pertimbangkan apabila ingin membeli hartanah.

Lokasi

  • Lokasi bagi sesebuah hartanah adalah perkara paling penting tidak kira sama ada untuk kegunaan sendiri atau pelaburan. Kriteria berbeza digunakan bagi hartanah pelaburan dan hartanah kegunaan sendiri. Sebagai contoh, pembelian haranah untuk kegunaan sendiri berdekatan dengan Stesen LRT berkemungkinan adalah tidak sesuai kerana bunyi bising dan kesesakan semasa jam kemuncak, tetapi kriteria ini praktikal bagi pembelian yang dijadikan sebagai pelaburan.

Institusi Pendidikan

  • Sama ada pembeli berkeinginan untuk membeli hartanah yang berdekatana dengan institusi pendidikan atau tidak juga bergantung kepada sama ada mereka mempunyai ahli keluarga yang masih bersekolah, atau menyasarkan keluarga-keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang masih bersekolah.

Keselamatan

  • Keselamatan adalah perkara yang paling penting, kerana kriteria ini memberikan suasana aman kepada penghuni rumah tersebut.

Akses

  • Sama ada boleh mengakses melalui kemudahan awam atau kemudahan lain juga penting untuk penghuni hartanah.

Saiz

  • Saiz bagi hartanah adalah penting, kerana keluarga yang membesar memerlukan rumah yang lebih besar, manakala bagi yang bujang cukup dengan unit Studio yang sederhana.

Kemudahan

  • Kemudahan sesebuah hartanah jgua penting, sama ada hartanah melibatkan tanah atau yang hartanah kos tinggi. Kemudahan adalah perlu untuk pembangunan dan penghuni hartanah sangat bergantung kepada kemudahan yang ada.

Jangka Hayat

  • Jangka hayat pembangunan adalah salah satu faktor yang sangat penting, kerana semakin tua jangka hayat sesebuah pembangunan semakin besar penyelenggaran yang perlu dibuat berbanding kepada pembangunan yang baru.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa