Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

Tanggungjawab Si Penyewa Dan Tuan Tanah – Perkara Yang Patut Dan Tidak Patut Dilakukan

Tanggungjawab Si Penyewa

Menjadi seorang penyewa yang boleh dicontohi adalah perkara yang selalunya patut dititikberatkan kerana hal ini bukan sahaja memberikan si penyewa imej yang baik, akan tetapi kerana rumah yang disewa bukanlah hak milik si penyewa – oleh kerana itu menjaga harta benda atau rumah orang lain ketika menggunakannya (dalam hal ini menyewa rumah) adalah perkara yang seharusnya dilakukan.Berikut merupakan antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak penyewa.

Menjaga Rumah Yang Disewa

Ini tidak bermakna penyewa perlu membersihkan rumah tersebut secara keseluruhan (kecuali dinyatakan dalam kontrak) atau melakukan proses pembaikan yang sewajarnya (kecuali dinyatakan dalam kontrak). Akan tetapi mereka perlulah senantiasa ingat untuk tidak mengotorkan rumah tersebut dengan sewenang-wenangnya, dan sekiranya penyewa tersebut merupakan sebuah keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil, ibubapa atau penjaga perlu senantiasa menjaga mereka dari menconteng dinding rumah tersebut dan sebagainya.

Memastikan Rumah Tersebut Bersih dan Menjaga Peralatan Yang Disediakan

Hal ini perlu seiring dengan penjagaan rumah tersebut. Walaupun pembersihan keseluruhan rumah adalah tidak perlu, akan tetapi pembersihan asas seperti membersih tingkap, mencuci tandas dan membuang sampah perlulah dilakukan.

Sekiranya rumah tersebut tersedia dengan peralatan eletrik dan perabot, perabot-perabot tersebut perlulah dijaga dan mestilah dalam keadaan yang sama ketika si penyewa mula menyewa.

Jangan Membuat Sebarang Pengubahsuaian Rumah Tanpa Keizinan

Walaupun penyewa menyangka mereka membalas jasa baik tuan tanah dengan membuat pengubahsuaian rumah atau mengecat semula rumah tersebut, tuan tanah mungkin sahaja kurang senang dengan hal tersebut. Senantiasa berbincang dengan tuan tanah atau ejen anda sebelum melakukan sebarang proses pengubahsuaian pada rumah tersebut, lebih-lebih lagi melibatkan pengubahsuaian pada struktur tetap rumah tersebut seperti mengetuk paku ke dinding dan sebagainya. Mengubahsuai rumah, mengecat kepada warna yang anda lebih suka atau mengubah susunan perabot juga bukan satu idea yang bagus, kecuali dengan izin tuan tanah.

Hubungi Tuan Tanah Anda Sekiranya Berlaku Kebocoran Pada Peralatan Yang Rosak

Sekiranya berlaku kerosakan pada perabot atau peralatan elektrik yang telah disediakan, adalah tidak digalakkan untuk membaikinya dengan sendiri. Hubungi tuan tanah untuk menguruskan proses pembaikan, dan sekiranya mereka meminta untuk anda melakukan proses pembaikan tersebut, berbincang dengan mereka tentang kos pembaikan sebelum melakukan proses pembaikan. Sentiasa membaiki perlatan atau item yang rosak, atau sebaliknya akan membawa risiko kepada deposit sekiranya penyewa ingin berpindah keluar.

Biasakan Diri Dengan Peralatan

Dengan berkembangnya teknologi, perkara mudah biasanya akan menjadi lebih rumit. Sebagai contoh, mesin membasuh mempunyai lebih banyak butang lebih dari yang diperlukan, manakala peti sejuk berkemungkinan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang pelik seperti tidak dapat membuka pintu peti sejuk tersebut sejurus sahaja selepas menutupnya.

Oleh itu, biasakan diri anda dengan peralatan yang disediakan sebelum menggunakannya untuk mengelakkan merosakkan peralatan yang disediakan dengan tidak sengaja. Sekiranya tidak pasti cara untuk menggunakan peralatan elektronik tersebut, hubungi tuan tanah atau ejen andauntuk sebarang panduan.

Kenali Jiran Anda Dan Bertolak Ansur

Bertolak ansur adalah perkara yang paling penting untuk si penyewa yang berkongsi unit atau rumah dengan yang orang lain, atau untuk mereka yang tinggal dalam kawasan kejiranan yang aman tenteram. Secara logiknya, tidak ada sesiapapun yang menyukai bunyi bising di tengah malam, atau jirang yang berparti di tengah malam semasa jiran lain ingin tidur.

Mengenali jiran anda adalah suatu perkara yang baik untuk dilakukan, kerana hal ini membolehkan mereka untuk memberitahu anda sekiranya berlaku perkara pelik di rumah anda ketika ketiadaan anda – dan hal ini akan menjadikan kawasan komuniti tempat tinggal anda menjadi lebih selesa untuk diduduki.

Tanggungjawab Tuan Rumah

Sementara si penyewa bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan rumah tersebut, tuan rumah pula bertanggungjawab untuk memastikan struktur anda kondisi luaran rumah tersebut dalam keadaan memuaskan. Dinding seharusnya tidak dicacatkan dengan lapisan cat yang tertanggal atau terkupas, dan keadaan struktur rumah tidak dicacatkan dengan kebocoran bumbung dan kerosakan pada siling atau dinding. Penyewa seharusnya merasa selesa dalam rumah apabila kembali dari bekerja seharian, kerana unit tersebut telah menjadi rumah kepada penyewa walaupun dalam status ‘sewa’.

Menginsuranskan Bangunan Terhadap Kebakaran Dan Banjir

Menginsuranskan rumah terhadap banjir mungkin tidak diperlukan sekiranya terletak di tanah atau kawasan yang tinggi, akan tetapi menginsuranskan bangunan terhadap kebakaran adalah perkara yang mesti. Hal ini bukan sahaja melindungi tuan tanah terhadap bencana alam yang tidak dijangka, tetapi melindungi penyewa sekiranya penyewa kehilangan barangan atau harta benda milik mereka. Penggera asap juga patut dipasang di kawasan yang strategik sebagai amaran awal terhadap bencana kebakaran.

Mengendalikan Isu Berkaitan Air, Elektrik dan Bekalan Gas

Sama ada penyewa membayar atau tidak bil utiliti, tuan tanah perlu mengendali dan mengatasi sebarang masalah yang bangkit daripada kemudahan ini kerana kemudahan tersebut berdaftar atas nama pemilik rumah tersebut, dan bukan atas nama penyewa. Isu ini akan menjadi lebih rumit sekiranya si penyewa cuba untuk membetulkan masalah tersebut, kerana kebanyakan pihak yang berurusan dengan kemudahan ini memerlukan pemilik rumah tersebut untuk hadir bersama ketika membuat aduan.

Mengekalkan Keadaan Peralatan Dan Perabot

Sekiranya peralatan atau perabot yang memerlukan penjagaan rapi tersebut rosak, maka perkara ini menjadi tanggungjawab pemilik rumah – kecuali peralatan atau item tersebut sengaja dirosakkan oleh penyewa tanpa sebab. Pembaikan perlu dilakukan secepat mungkin untuk peralatan yang tidak berfungsi dengan baik, kerana hal ini akan menyebabkan penyewa merasa tidak selesa.

Tuan tanah perlu menyediakan sekurang-kurangnya notis 24 jam apabila melawat untuk kerja-kerja pembaikan atau servis penyelenggaraan, supaya penyewa boleh hadir bersama-sama sekiranya diperlukan.

Pemeriksaan Tahunan Keselamatan Gas

Untuk unit atau rumah yang memiliki dan menggunakan sistem gas untuk memasak, tuan tanah perlu mendapatkan pegawai yang berkenaan untuk menjalankan proses pemeriksaan dan penilitian secara tahunan. Hal ini bukan sahaja melindungi tuan tanah daripada kemalangan atau bencana yang tidak diingini untuk berlaku, tetapi melindungi penyewa sekiranya berlaku letupan gas atau kemalangan lain yang berkaitan dengan gas.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa