Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

NLP untuk Guru – Program Meta “Menuju kepada” – Mengelak daripada”

“Menuju kepada” dan “mengelak daripada” ialah arah gaya pemikiran seseorang. Ini adalah salah satu program meta yang utama dalam komunikasi sama ada mengajar, coaching, kaunseling ataupun latihan (training). Guru boleh menggunakan program meta ini untuk memotivasikan pelajar tanpa disedarinya untuk melakukan sesuatu.

Lumrah aliran sungai menuju ke laut, namun jika air laut pasang, air akan bergerak menuju ke hulu. Begitu juga “menuju kepada” untuk mencapai matlamat dan impian. Namun ada juga yang menuju matlamat dengan”mengelak daripada”- sesuatu yang tidak diingininya.

Anthony Robbins, pakar motivasi terkenal di dunia menyatakan konsep 2P sebagai pendorong motivasi bagi manusia dalam melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat. 2P tersebut ialah pleasure untuk keseronokan dan pain untuk kesakitan. Terdapat seseorang yang ingin mencapai sesuatu kerana, ia ‘seronok (pleasure) melakukannya dan terdapat pula orang yang terpaksa melakukan sesuatu untuk mengelak “kesakitan” jika dia tidak mencapainya.

Saya pernah bertanya kepada pelajar sekolah, pelajar yang gagal dalam peperiksaan dan pelajar yang selalu melanggar disiplin sekolah. Mengapa mereka datang ke sekolah?

Jawapan yang diberikan, mereka ke sekolah kerana takut dimarahi ibubapa. Mereka membuat kerja rumah kerana khuatir akan didenda oleh guru. Mereka berada di sekolah kerana ‘terpaksa’.

Bayangkan, selama enam jam semasa berada di sekolah dengan pemikiran “mengelak daripada”, apakah akan terjadi kepada minda dan emosi mereka? Bolehkah mereka menumpukan pada pelajaran? Corak mengelak daripada” ini walaupun amat baik untuk memotivasikan
seseorang mencapai matlamat hidup yang besar dalam jangka pendek, namun dalam jangka panjang, ia merupakan satu ‘kesakitan’ kepada seseorang. Ia tidak dapat bertahan lama sebagai pendorong motivasi.

Bagaimana pula dengan guru? Adakah guru datang ke sekolah kerana seronok, iaitu “menuju kepada” dengan kerjayanya atau dia datang pada waktunya kerana terpaksa dan takut ditegur atau dimarahi oleh pengetuanya, iaitu ‘”mengelak daripada”?

Satu senario, iaitu guru datang ke sekolah untuk mengajar disebabkan terpaksa mengajar, jika tidak pengetua atau guru besar akan marah dan akan mengenakan tindakan tatatertib. Satu senario lagi ialah guru datang ke sekolah kerana ingin membimbing dan menyampaikan ilmu semata-mata untuk melihat kejayaan pelajarnya.
Cuba bayangkan kesan emosi kepada dua orang guru tersebut. manakah akan lebih digemari pelajar? Bagaimana pula kesan pembelajaran terhadap pelajar?

Guru hendaklah menggalakkan pelajar supaya bercakap dan berfikir dalam bentuk merangsang kejayaan, iaitu dalam bentuk “menuju kepada”. Contoh-contoh ayat yang guru boleh gunakan bagi “menuju kepada” ialah:

#”Ramai daripada anda akan berjaya dengan mendapat 9A+
dalam SPM.”

#”Anda akan memahami lebih baik dengan memberikan
tumpuan di dalam kelas.”

#”Tanamkan azam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita anda.”

#”Buatlah latihan yang saya berikan ini untuk menjadi pelajar cemerlang.”

#”Saya mahu lihat anda jadi orang yang berjaya dalam kehidupan. “

Contoh ayat “mengelak daripada” ialah:

#”Saya tidak mahu dengar ada pelajar saya yang susah kehidupannya pada satu hari nanti.”

#”Buatlah kerja rumah anda dengan sebaiknya jika tidak mahu didenda.”

#”Bayangkan betapa hancurnya hati emak dan ayah anda jika anda jadi sampah masyarakat.”

#”Kikiskan perasaan malas daripada diri anda, jika anda inginkan kehidupan berjaya.”

#”Untuk menjadi jurutera, anda tidak boleh dapat C dalam mata pelajaran Matematik.”

Tabiat dan kondisi diri perlulah dipupuk untuk menjadikan Program Meta “menuju kepada” dan “mengelak daripada” sebagai otonomik dan sistemik dalam diri kerana ia adalah alat motivasi yang kuat kepada pelajar apabila guru dapat menguasainya dengan baik.

Credit to: Md Taib Mat, Jasmi Bahrim, NLP UNTUK GURU

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa