Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

Panduan Buyer

Semua orang ingin memiliki rumah sendiri. Tetapi untuk membelinya ia bukan semudah yang disangka. Banyak pertimbangan perlu dilakukan kerana ia merupakan pelaburan jangka panjang yang akan mempengaruhi sebahagian besar kewangan kita. Ikuti panduan penuh ini untuk memulakan langkah merancang pembelian rumah anda.

TUJUAN BELI RUMAH

Membeli rumah merupakan keputusan yang besar yang memerlukan kita untuk membuat pelaburan besar dengan komitmen jangka panjang. Jadi keputusan macam ni memang WAJIB kita pertimbangkan sedalam-dalamnya. Cuba kita tanya diri sendiri, untuk apa sebenarnya kita beli rumah? Adakah sebab kita nak tinggal di situ? Atau kita berniat nak buat passive income? Apa pun niat kita, ianya akan menentukan kriteria rumah yang perlu kita beli.

A. Beli Untuk Keperluan Sendiri

Bila kita dah niat nak beli rumah sebab nak tinggal dalam tu, anda perlu berhati-hati untuk tidak membuat kesilapan kerana apabila anda tersalah pilih dan tersalah beli rumah, anda akan menghadapi kesukaran untuk memperbetulkan semula keadaan. Beli rumah untuk kita diami berbeza daripada beli rumah untuk pelaburan.

Keutamaan adalah untuk anda dan keluarga anda sendiri sekiranya anda membeli rumah untuk didiami. Berikut beberapa tips untuk anda:

  • Belilah rumah yang mampu kita bayar. Anda perlu ingat, komitmen anda tidak tetap berada pada satu tahap. Sudah tentu nanti komitmen anda akan bertambah.
  • Sekiranya ada pilihan, pilih dan cari rumah yang berhampiran dengan tempat kerja. Anda boleh jimatkan masa dan minyak sekaligus. Sekiranya anda sudah berkahwin dan seorang suami, sebolehnya belilah rumah yang berhampiran dengan tempat kerja isteri. Isteri banyak berkorban masa dan tenaga di rumah, apa salahnya kalau anda pula berkorban sedikit masa dan tenaga di luar rumah.
  • Jangan lupa pula tentang kemudahan dan fasiliti lain. Kalau anda mempunyai anak, nanti jangan sampai rutin harian anda terlewat menghantar anak.
  • Kawasan kejiranan yang baik dan mudah untuk bersosial adalah terbaik. Ini untuk kebaikan anda dan keluarga anda supaya tidak terasa kosong tinggal di kawasan tersebut.
  • Belilah rumah yang mempunyai persekitaran yang sihat dan jauh daripada kawasan yang mempunyai pencemaran dan tempat berbahaya seperti kilang-kilang tanah runtuh.

Tak semua ciri-ciri ni kita dapat penuhi dan ada yang perlu kita korbankan. Jadi, anda fikirkan betul-betul dan buat keputusan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

B. Beli Untuk Pelaburan

Bagi yang nak beli untuk pelaburan pula, anda perlu ingat dua poin penting iaitu CASH FLOW dan CAPITAL APPRECIATION.

  • CASH FLOW

Wang yang keluar dan masuk. Pastikan rumah yang anda ingin beli mempunyai installment bank yang rendah supaya anda boleh tetapkan harga sewa yang lebih tinggi dan boleh menampung installment bank tersebut beserta kos-kos lain seperti maintenance fee atau cukai dan mampu memberi pulangan kepada anda. Antara rumah yang sesuai adalah seperti flat atau apartment. Sebagai contoh, installment bank  rumah yang anda beli adalah RM700, maintenance fee pula dalam RM85. Total keseluruhan adalah RM785. Jadi, harga sewa yang sesuai adalah RM850 ke atas. Rumah anda bukan sahaja ditampung oleh nilai sewaan, tetapi boleh menjana wang sampingan setiap bulan.

  • CAPITAL APPRECIATION

Nilai rumah yang meningkat selepas beberapa tahun anda membelinya. Contoh, nilai rumah di Taman Kuala Menggatal Fasa 1 pada tahun 1998 adalah RM80,000. Pada tahun 2018, nilai tersebut meningkat kepada RM230,000. Rumah yang terbaik adalah jenis landed¬. Bagi kes sebegini, perincian penuh perlu anda teliti dan kaji dengan sebaiknya kerana ianya adalah pelaburan jangka masa panjang. Anda perlu meneliti trend market rumah tersebut (contoh Brickz.my) dan kaji sama ada wujud faktor booster seperti kemudahan MRT, lebuhraya utama, atau kemudahan yang lain. Sekiranya terdapat faktor sebegini, kadar peningkatan rumah anda akan naik lebih cepat berbanding tempat lain yang tidak berhampiran dengan kemudahan awam dan anda akan mendapat untuk yang lebih besar.

Untuk lebih berbaloi, pastikan rumah yang dibeli mempunyai 3 bilik supaya anda boleh menyewakan rumah tersebut secara keseluruhan untuk keluarga atau pelajar institusi, atau menyewa rumah tersebut secara bilik sahaja. Faktor ini akan melebarkan sasaran penyewa anda dan tidak tertumpu kepada satu sahaja.

 

2.  JENIS-JENIS RUMAH

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis rumah yang terdapat di seluruh negeri. Sebagai panduan, kita boleh kelaskan seperti ini:

  • Landed vs Non-Landed
  • Freehold vs Leasehold
  • Bumi vs Non-Bumi
  • Rumah Baru (Underconstruction) vs ‘Subsale’

Terdapat pelbagai lagi pengkelasan dan jenis rumah yang ada seperti rumah lelong, rizab melayu, kos rendah dan sebagainya. Tetapi, untuk panduan kali ini, kita akan khususkan dalam negeri Sabah sahaja dan pengkelasan seperti di atas sudah cukup untuk memberi panduan kepada anda.

 

3  PENYEDIAaN KEWANGAN YANG MANTAP

Selepas anda menetapkan rumah yang inginkan, proses seterusnya ialah menyediakan dan meyiapkan kewangan anda semantap yang boleh sebelum proses jual beli berlaku untuk mengelakkan sebarang kerumitan dan masalah semasa proses jual beli nanti.

Antara perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam penyediaan kewangan anda adalah:

  • Deposit
  • Perjanjian Jual Beli (S&P/SPA)
  • Perjanjian Pinjaman (Bank)
  • Memorandum of Transfer (MOT)
  • Kos-kos lain.
Dapatkan Panduan Lengkap Beli Rumah Di Pasaran: Klik Untuk Download PERCUMA
50% Complete

Panduan Lengkap Beli rumah di Pasaran

Dapatkan panduan lengkap beli rumah di pasaran

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa