Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

Pilihan yang Menentukan

Kehidupan tidak lari setiap hari dari suasana membuat pilihan. Terlalu banyak pilihan yang mesti dibuat sehingga kita menjadi buntu atau serba salah. Pakaian apa yang hendak dipakai ke tempat kerja? Makanan apa yang ingin dimakan sarapan pagi nanti? Daripada makanan, pakaian, waktu bangun, kawan-kawan berbual, kelajuan kereta dan seribu pilihan harian hinggalah kepada teman hidup, jenis pekerjaan, pembelian rumah dan sebagainya yang merupakan pilihan jangka panjang. 

Kita tidak dapat lari dari sentiasa membuat pilihan, hingga adakalanya menyebabkan kita buntu dan serba salah. Namun, pilihan yang dibuat akan meninggalkan kesan dan akibat sama ada positif atau sebaliknya. 

Itu baru yang dapat dilihat dengat mata kasar tetapi yang lebih penting ialah pilihan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Iaitu yang melibatkan pilihan fikiran dan emosi kita. Minda kita didedahkan dengan pilihan yang tidak terkira banyaknya. Setiap pilihan membawa kesan pada sikap dan reaksi kita. Samada menjadi gembira, seronok, ketawa atau sebaliknya sedih berdukacita, marah banyak lagi semuanya ditentukan oleh pilihan emosi dan fikiran kita. KESAN pilihan minda lebih hebat kerana ia menentukan kita BERJAYA atau GAGAL. 

“Penemuan terhebat generasi saya ialah manusia boleh mengubah hidupnya dengan mengubah sikapnya”.

William James

PILIHAN DALAM SITUASI
Situasi yang tidak menyeronokkan, menyedihkan, malah tragis dan menyayat hati. Contoh kecurian harta benda, dimarahi bos, dan ditinggalkan orang tersayang. Mungkin juga kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya.


Situasi yang tidak menyeronokkan, menyedihkan, malah tragis dan menyayat hati. Contoh kecurian harta benda, dimarahi bos, dan ditinggalkan orang tersayang. Mungkin juga kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya.

Kita boleh memilih untuk berasa sedih, marah, murung, beremosi dan sebagainya. Tetapi kita juga boleh memilih untuk bertenang, sabar, positif, bersedia menerima qada dan qadar, keceriaan dan sebagainya yang akan menjadikan kita bangkit kembali.

PILIHAN SEBAGAI NIKMAT
Kebebasan memilih adalah Nikmat terbesar kurniaan Allah swt membolehkan kita punyai pilihan untuk memilih apa sahaja. Kurniaan inilah yang membolehkan kita jadi manusia unggul. Allah berikan akal untuk berfikir, menjadikan minda kita sebagai alat yang tiada tolak bandingnya.

Contoh Bilal bin Rabah memilih untuk memeluk Islam walaupun diseksa dengan dasyat beliau tetap dengan pilihannya, berpegang pada kalimah Allah swt. Walaupun pilihannya itu menyebabkan ia berdepan dengan maut dan seksaan tidak terduga tetapi akhirnya ia menjadi satu lambang keberanian dan kemegahan kekuatan diri umat islam berpaksikan kepercayaan kepada Allah swt.

PILIHAN EMOSI MENENTUKAN DIRI
Emosi faktor utama menentukan perlakuan dan tindakan kita. Ia adalah punca kejayaan atau kegagalan, kebahagiaan atau kesedihan yang memerlukan kita berhati-hati membuat penilaian sebelum membuat tindakan. 

Anda mempunyai banyak pilihan yang boleh dimasukkan dalam skrip kehidupan. Skrip yang akan mempengaruhi emosi anda. Sama ada kandungan skrip itu dimasukkan oleh anda sendiri secara sukarela atau secara paksaan ia terletak pada pilihan anda sendiri. Begitu juga dengan arahan dan lakonannya nanti. Bagaimana anda melakonkannya adalah pilihan anda yang mungkin pula bergantung pada faktor luaran. Pilihan yang dibuat memerlukan pertimbangan dan penilaian yang mendalam daripada anda. Akhirnya, anda tidak boleh menyalahkan sesiapa jika keputusan dan hasil yang anda peroleh kurang memuaskan seperti yang diharapkan.

PILIHAN NILAI DAN KEPERCAYAAN
Apa juga pilihan yang dibuat dalam hidup anda ia bergantung pada nilai dan kepercayaan yang ada dalam diri anda. Anda mungkin sesuai dan cocok dengan memilih sesuatu perkara kerana ia sesuai dengan nilai anda. Katakan nilai utama anda merangkumi kasih sayang, sabar, lemah lembut dan toleransi yang tinggi. Satu ketika anda telah dikecewakan oleh seseorang yang anda percayai dan kasihi. Apakah pilihan reaksi emosi anda dalam situasi begini? Anda ada pilihan, untuk marah dan kecewa kerana dipermainkan atau terlalu sedih kehilangan si dia yang anda cintai. 

Jika kita kurang mempunyai harga diri, pilihan yang terdapat kepada kita hari ini adalah sesuatu yang menggerunkan.”

Dr Natheniel Branden

Anda juga boleh memilih untuk bertenang dengan penuh kesabaran. Mengawal perasaan. Anda juga boleh berseronok kerana dengan ketiadaannya anda mempunyai ruang dan peluang untuk mengenali lebih ramai wanita lain. Wanita yang lebih jelita, lebih hebat daripada kekasih anda yang dahulu. Tentunya pilihan ini lebih menceriakan anda. Walau bagaimanapun, kedua-dua pilihan tadi merupakan satu persimpangan yang akan membawa anda ke arah perjalanan yang lebih jauh dan destini yang amat berbeza.

Apa juga pilihan yang anda buat dalam kes tadi adalah bergantung pada nilai yang sedia tersemat dalam diri anda. Penilaian diri anda memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan anda. Nilai juga menjadi petunjuk atau kompas pada pilihan anda. Anda mungkin tidak sedar kerana penilaian adalah sebahagian daripada dalaman diri yang terdapat dalam minda separa sedar anda. Selain itu, kepercayaan juga mempengaruhi pilihan yang anda buat. Kepercayaan dan keyakinan diri akan menentukan cara pilihan anda dalam menghadapi setiap kemungkinan.

KEBIJAKSANAAN MENENTUKAN PILIHAN
Pilihan akan menentukan hala tuju kehidupan kita. Oleh itu, anda perlu membuat keputusan bijaksana. Pilihan anda mesti berdasarkan pada penilaian yang dibuat secara bersungguh-sungguh. 

Antara pilihan yang ada pada anda adalah seperti berikut:

  • Anda mempunyai pilihan bagaimana hendak bertindak.
  • Anda mempunyai pilihan untuk berkata apa sahaja.
  • Anda mempunyai pilihan untuk berkawan dengan siapa sahaja.
  • Anda mempunyai pilihan untuk berada di mana sahaja.
  • Anda mempunyai pilihan untuk percaya pada apa dan siapa.
  • Anda mempunyai pilihan untuk bila melakukan sesuatu perkara. 
  • Anda mempunyai pilihan mengambil risiko.
  • Anda mempunyai pilihan untuk menjadikan siapa diri anda. 
  • Anda mempunyai pilihan sumbangan apa yang boleh anda berikan. 
  • Anda mempunyai pilihan apakah yang anda mahu dalam hidup ini?
  • nda mempunyai pilihan untuk memilih apa sahaja yang diinginkan. 

Setiap pilihan yang dibuat ia akan mendatangkan impaknya yang tersendiri. Ia hukum alam. Bagi setiap tindakan, pastu ada reaksi yang bakal menyusul dari tindakan tersebut. Pilihan anda mewujudkan keputusan yang menentukan destini diri anda.

Kredit to: Md. Taib Mat, “Anda Berhak Hebat”

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa