Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

7 SEBAB UTAMA KENAPA ANAK MUDA BELUM MEMILIKI RUMAH. FAKTOR NO. #2 TU PALING POPULAR!

Faktor #1 : Gaji yang Terlalu Rendah

Ramai anak muda yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah disebabkan gaji yang terlampau rendah. Gaji minimum yang diperoleh antara RM900-RM1200. Dengan kenaikan kos hidup, gaji tersebut terpaksa diperuntukkan untuk membeli keperluan asas sahaja.

Faktor #2 : Terlalu Banyak Hutang

Belum bekerja lagi sudah ada hutang pendidikan, hutang PTPTN. Sudah dapat kerja terus bela hutang dan tunjukperangai debtlovers tu. Antara hutang yang biasa dibuat ialah hutang kereta, pembiayaan peribadi, kad kredit, hutang Telco ataupun hutang kawan-kawan. Gaji diperuntukkan hanya untuk bayar hutang. Lepas tu tinggal RM200 sahaja setiap bulan untuk hidup.

Faktor #3 : Harga Rumah yang Semakin Mahal

Harga rumah semakin hari semakin mahal. Contohnya harga rumah di Sabah dan Sarawak sangat tinggi nilainya. Segelinitir orang, target mau beli rumah atas tanah, rumah baru dibina paling tidak pun rumah dalam bandar; memang mahal la bossku. Cuba usha rumah apartmen. Rumah buruk kau tidak mau beli pula.

Faktor #4 : Tiada Ilmu tentang Hartanah dan Pengurusan Kewangan

Tiada ilmu asas seperti cara-cara untuk menguruskan kewangan dengan betul. Mengumpul deposit dengan cepat atau membeli rumah pertama dengan selamat. Jadi, cubalah luangkan masa mencari ilmu mengenai hartanah. Ramai sifu-sifu hartanah di luar sana.

Faktor #5 : Takut / Risau untuk Membeli Hartanah

Pengalaman daripada orang sekeliling membuatkan mereka takut untuk membeli rumah. Bagi mereka, membeli kereta berharga RM120,000 lebih selamat daripada membeli rumah apartmen subsale yang berharga RM100,000. Kalau beli rumah, mereka takut ditipu ejen, takut rugi, takut tidak ada penyewa, takut tidak lepas pembiayaan dan bermacam-macam lagi. Cuba dulu baru tahu. Jangan memberi banyak alasan.

Faktor #6 : Tiada Simpanan

Sudah pakai kereta tidak padan dengan gaji, travel sana sini, beli macam-macam barang kehendak macam mana mau buat simpanan. Kan? Sukar untuk menyimpan walaupun RM100 setiap bulan. Simpan sebanyak 10% daripada gaji apatah lagi. Simpanan ini penting sebagai deposit rumah.

Faktor #7 : Gaya Hidup

Gaya hidup yang mewah. Lebih mementingkan gaya hidup daripada keperluan hidup. Kereta mau yang import mewah saja. Telefon kalau bukan iPhone tidak sah. Alergik pakai baju murah. Makan mesti dekat tempat hipster.

***

Jadi apa tindakan anak muda untuk menempuh halangan-halangan ini? Mereka mau terus memberi alasan ataupun mau mencari jalan keluar? Tiada halangan yang tidak mampu ditempuhi. Setiap halangan pasti ada jalan penyelesaian. Kena berusaha dan cari kawan yang boleh ajar tentang ilmu pengurusan hartanah dengan betul. Tapi jangan pula terburu-buru mau membeli rumah. Yang penting kena ada kesedaran dan mula bertindak. Semoga tahun ini menjadi titik permulaan untuk mula membeli rumah. Tanamkan azam berserta usaha. Ayuh sama-sama kita berubah.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa