Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

7 TIPS PADU UNTUK URUS KEWANGAN SEBAGAI PERSEDIAAN MEMBELI HARTANAH!

Tips #1 : Dapatkan Pekerjaan yang Stabil

Pilihlah syarikat atau bidang yang ada jalan kerjaya yang jelas. Yang memberikan kita peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman. Yang stabil dari segi pengurusan kewangan dan organisasi. Yang memberi kita ruang untuk melakukan kesilapan dan perbetulkan.

Tips #2 : Tambahkan Pendapatan dengan Kerja Sampingan

Dengan cabaran kos sara hidup sekarang, tidak salah kalau kita buat kerja sampingan. Terutama kalau kita masih muda. Namun begitu saya mau bagi tips. Tidak semua perkerjaan sampingan sama di mata bank. Yang paling mudah mau buat pinjaman adalah kerja sampingan yang ada kontrak servis. Kalau mau buka bisnes pun boleh. Tapi bank mahu bisnes yang sudah dua tahun beroperasi. Buatlah bisnes sampingan yang kena dengan minat. Atau mungkin yang berkait dengan kerja utama.

Tips #3 : Buat Bajet dan Kurangkan Perbelanjaan

Senaraikan semua perbelanjaan yang perlu dibayar dan buat anggaran kos. Ini termasuklah bil, komitmen hutang, duit rumah. Kemudian, track perbelanjaan harian kita. Untuk ini saya cadangkan minimumkan penggunaan tunai. Lebihkan penggunaan kad debit kerana adanya butiran transaksi. Bezakan mana keperluan dan kehendak. Dan potonglah belanja yang tidak perlu.

Tips #4 : Elakkan Hutang Nakal

Kita mesti tahu prioriti. Bukan tidak boleh enjoy. Bukan tidak boleh makan angin. Tapi berpada-pada. Pada permulaan kehidupan, tidak salah beli kereta terpakai yang baik, naik motor atau guna pengangkutan awam buat sementara. Bila berkahwin pula, rancang belanja perkahwinan. Jangan membazir sampai berhutang sebab mau bernikah. Kalau tidak mampu, buat kecil-kecilan. Ianya lebih berkat. Penggunaan kad kredit pula hanya untuk barang keperluan. Dan tolong bayar terus selepas guna.

Tips #5 : Jaga Rekod Kewangan

Kalau berhutang pastikan bayar tepat masa dan jangan bertangguh untuk elak sistem CCRIS Bank Negara mencatat rekod kelewatan kita membayar hutang. Sedikit tips dari saya, bila terima apa-apa pendapatan, pastikan semua wang yang diterima dimasukkan ke dalam bank dan bukan terima secara tunai supaya bank nampak aliran duit.

Tips #6 : Dapatkan Sokongan Moral dan Kewangan

Mau beli hartanah ni perlu keazaman yang tinggi. Kadang niat tu boleh tergelincir. Ada sahaja kerisauannya. Ada sahaja benda lain yang menggoda. Bila sudah berniat mau beli hartanah, beritahulah kepada keluarga dan juga sahabat terdekat. Saya yakin mereka akan memberi sokongan moral dengan niat tersebut.

Tips #7 : Dalami Ilmu Hartanah

Oleh kerana hartanah ini melibatkan amaun yang besar, tolong memperbanyakkan bacaan tentang hartanah untuk mengelakkan dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab disamping meminimumkan kesilapan dalam membeli hartanah.

***

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa