Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

TOP 5 SEBAB GRADUAN WAJIB ADA HARTANAH DI USIA MUDA. NO. #3 PALING PENTING!

Sebab #1 : Kelebihan untuk Bayar Ansuran Rumah yang Rendah

Kalau graduan beli rumah masa masih muda, ansuran bulanan yang mereka kena bayar akan jadi lebih rendah, berbanding beli rumah bila sudah berumur nanti. Tindakan ini boleh lanjutkan tempoh bayaran pinjaman. Dan makin panjang tempoh pinjaman, makin sikit bayaran ansuran bulanan yang kita kena bayar. Tidak lupa juga, insuran graduan untuk perlindungan hartanah juga jauh lebih rendah. Tidak kira sama ada graduan ambil polisi MRTA/T atau MLTA/T.

Sebab #2 : Graduan Masih Belum Ada Komitmen Besar

Kalau masih bujang, buat pelan rancangan secara teliti. Graduan yang belum ada lagi komitmen besar seperti isteri dan anak-anak boleh fokus 100% untuk simpan duit tanpa sebarang masalah. Lain cerita kalau mereka sudah ada tanggungan. Mungkin mereka kena perlahankan rentak. Tapi, tidak bermaksud mereka tidak boleh buat pelaburan hartanah langsung. Belajar cara uruskan duit dan pelaburan yang betul dan terbukti berkesan. Dalam dunia ini, tidak ada perkara yang mustahil. Semua boleh jadi dengan izin-Nya.

Sebab #3 : Harga Rumah Susah Turun

Semakin lama, harga hartanah kat Malaysia semakin tinggi. Makin lama, ia semakin tidak selari dengan pendapatan ramai orang kat negara ni. Mungkin akan sampai satu masa nanti, bertambah ramai yang tidak mampu mau beli rumah di negara sendiri. Jadi sebagai graduan yang berkerjaya bolehlah mula kumpul duit dan beli hartanah mulai sekarang.

Sebab #4 : Sebagai Mesin untuk Jana Pendapatan Pasif

Masa muda, masih banyak masa yang terluang. Daripada bazirkan masa macam tu saja, baik lagi cari jalan untuk tambah pendapatan. Lupakan pelaburan yang janjikan keuntungan yang merepek. Lagi tinggi pendapatan kita, lagi banyak kita boleh simpan. Masa muda inilah kita kena kerah tenaga habis-habisan.

Sebab #5 : Salah Satu Strategi untuk Kembangkan Duit

Bila rumah pertama kita disewakan, pihak bank akan kira hasil sewaan sebagai pendapatan. Walaupun kita masih ada komitmen kat bank, kita masih lagi boleh beli rumah untuk pelaburan lain. Sebab DBR (Debt Burden Ratio) kitamasih rendah, atau silap-silap, masih kosong. Mungkin harga rumah yang dibeli akan meningkat. Kita boleh buat refinance (lihat pada kadar sewa) dan jadikan modal untuk beli rumah lain. Ada macam-macam strategi yang boleh digunakan untuk perkara ini. Yang penting, biarlah ia sesuai dengan kapasiti kewangan yang ada.

***

Sekarang graduan sudah tahu semua sebab penting mereka perlu memiliki hartanah di usia muda. Masih lagi mau gunakan duit gaji untuk beli benda bukan-bukan? Mungkin ada antara mereka yang siap mau buat satu bank akaun khas, dan simpan duit dalam tu untuk beli rumah. Tidak kisahlah apa pun cara, jadikan rumah sebagai target utama. Jangan sudah terlambat, baru mau mula bertindak!

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa