Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

GADIS INI KONGSIKAN KEPADA NEWBIES 6 TIPS PENTING SEBELUM MENYEWA RUMAH JENIS APARTMENT

Ha! Mesti ada yg tgh cari rumah utk disewa kan skrg? Lebih-lebih lagi rumah yg jenis apartment sebab kadar sewanya lebih rendah dan ikut kemampuan penyewa.

Admin faham zaman skrg mau cari rumah sewa bukannya senang sebab harga rumah pun macam kita sedia maklum makin tinggi. Jadi, penting sebenarnya utk kita ada guide sebelum membuat keputusan memilih rumah sewa agar tak tertipu dgn penyewa atau scammer.

Sebab tu tuan puan kena baca 6 poin penting dari perkongsian blog Cik Farah Dafri ni.

1. Pastikan pergi dan view sendiri rumah tu

Tips pertama mestilah kena pergi dan view rumah tersebut utk lebih puas hati.

Sebab tuan puan kena tau, kadang-kadang gambar dalam iklan menyatakan kondisi tiptop, sekali masa view rupanya indah khabar daripada rupa.

Sekurang-kurangnya tuan puan boleh tgk-tgk dlu mcmana keadaan rumah sewa tu sebelum buat keputusan utk tinggal di rumah tu.

2. Cuba set appointment utk view rumah pada waktu malam

Kenapa waktu malam pula? Ha, ni la admin mau terangkan kelebihannya klu tuan puan deal dgn tuan rumah/agen utk view rumah tu pada waktu malam.

…Sebabnya, tuan puan akan nampak mcmana keadaan sebenar di sekeliling perumahan tersebut. Tuan puan boleh nampak mcmana haru biru tunggang terbalik org lain parking kereta yg tinggal di perumahan tu. Logiknya klu tuan puan dtg waktu pagi, kebanyakannya sedang bekerja dan semua akan kelihatan indah tapi berbeza klu pada waktu malam, semua kebenaran terbongkar!

Selain tu, utk tgk how safety is that neighbourhood pada waktu malam juga. For safety reason boleh check Pak Guard yg bertugas ada atau tiada pada masa tu. Sbb kadang-kadang ada juga yg menghilang dari pondok keselamatan pada waktu malam.

Hm bukan mau bersangka buruk, tapi tuan puan kena ambil langkah berjaga-jaga juga kan.

3. Lokasi parking

Masa view rumah, minta la owner/agen tunjuk tempat parking kereta tuan puan supaya tidak terambil parking lot org lain. Sebab ada sesetengah owner tu diorang ada sewakan rumah utk duduk beramai-ramai, possibility utk parking lot tuan puan akan diambil amatlah tinggi.

Penting utk tau lokasi parking yg berdekatan dgn tangga atau lift tau, lebih-lebih lg klu tuan puan terjumpa rumah sewa apartment yg ada 4 hingga 7 tingkat! Sengsara juga mau angkat brg kan klu dapat parking yg jauh.

4. Nego harga sewa / deposit

Then, klu tuan puan berpuas hati dgn poin-poin di atas, boleh la tanya kadar sewa dan deposit, klu tuan puan mau tinggal lama boleh kurang atau tidak?

Biasanya klu mau tinggal lama, owner rumah boleh kurangkan kadar sewa. Paling tidak pun, diorang akan lowerkan deposit. Tuan puan kena pandai nego betul-betul la dgn owner rumah.

Beruntung klu dpt owner rumah yg bertimbang rasa, kadang-kadang tuan puan boleh dpt yg tak minta duit deposit pun tau!

5. Monthly maintenance

Confirmkan semula dgn owner, siapa yg akan bayar monthly maintenance. Sebab ada sesetengah tuan rumah yg suruh penyewa bayar maintenance or diorang sendiri yg akan bayarkan.

Yang bagusnya diorang la yg bayarkan, tak gitu?

Tuan puan kena berbincang dgn owner juga pasal isu maintenance ni utk elak perselisihan faham di kemudian hari.

6. Approval daripada management utk angkut barang

Last sekali, tips bila tuan puan dah dapat rumah and mau start pindah pula. Make sure tuan puan tanya dulu management mcmana diorang punya rules untuk angkut angkut barang pakai lori. Sebab mengikut penulis blog Cik Farah punya kes ni, kediaman tempat dia menyewa tu klu hari Ahad lori tak boleh masuk hantar barang klu takda approval dari management. So, alkisahnya dia terpaksa angkut barang-barang sendiri guna troli. Kesian kan?

Jadi sebaik-baiknya, tuan puan kena berunding dgn management dulu tentang prosedur utk angkut barang ya.

***

So itulah dia 6 tips penting sebelum menyewa rumah jenis apartment. Semoga bermanfaat terutamanya utk newbies.

Seronok sebenarnya klu kita dapat deal dgn owner yg baik dan prihatin dgn kebajikan penyewanya kan?

Mungkin susah sikit mau jumpa tapi klu dapat jumpa yg begitu, tolonglah hargai ok?

Akhir kata, admin doakan tuan puan yg tgh mencari rumah sewa jenis apartment dapat jumpa rumah sewa yg diidamkan dgn mudah dan izin-NYA.

Kredit: blog.farahdafri.com

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa