Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

MAU BELI RUMAH PERTAMA? TEPUK DADA TANYA DIRI DULU, ‘MAU BELI RUMAH UNTUK APA?’…

Sebelum membeli rumah pertama, tepuk dada tanya, ‘Mau beli rumah untuk apa?’ Sebab jawapan tuan puan yg akan menentukan kriteria rumah yg mau dibeli nanti.

Realitinya, beli rumah utk duduk lain daripada utk pelaburan. Jangan tersilap beli kerana kesilapan dalam hartanah ni susah nak diperbetul.

Saya mau share ambil sikit tips perkongsian ni dari blog saudara Ariff Hussin yg juga merupakan salah seorang perunding hartanah yg berjaya.

Kalau untuk duduk prioritinya adalah tuan puan dan keluarga.

  • Bajet mengikut kemampuan. Buat bajet perbelanjaan dan kenalpasti keperluan dan kehendak. Walaupun tuan puan layak beli rumah besar, tapi adakah tuan puan mampu mau bayar?
  • Pilih rumah yang dekat dengan tempat kerja. Ini akan jimatkan masa perjalanan dan kos seperti minyak.
  • Untuk para suami yang hensem, beli rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja isteri. Kita orang lelaki jalan jauh takpe kerana isteri ni banyak berkorban untuk kita.
  • Jangan lupa consider lokasi sekolah dan fasiliti lain. Nanti pergi kerja dah dekat tapi nak hantar anak sekolah pula jauh.
  • Kawasan persekitaran yang kondusif. Beli rumah jauh dari kilang atau pencawang elektrik. Ini untuk pastikan kualiti persekitaran yang baik.

Untuk pelaburan pula, persoalan yg harus dijawab ialah tentang potensi pulangan pelaburan.

  • Buat kajian tentang harga dulu. Elakkan beli kondominium yang harganya lebih kurang dengan harga rumah bertanah. Ramai betul yang buat mistake ni.
  • Terdapat lambakan untuk pasaran kondominium mewah pada masa kini. Be extra careful. Elak pelaburan jangka pendek.
  • Elakkan beli pelaburan on impulse. Contoh, pergi ke showroom developer dan terus booking sebab bimbang unit habis. Tolong buat comparison dan kajian dulu ya.
  • Kaji pulangan sewa hartanah tersebut dan juga trend harga rumah (guna Brick.my). Kaji sama ada lokasi tersebut akan stagnant atau ada booster yang boleh tingkatkan harga (dekat dengan shopping mall contohnya).

Kadang-kadang ada antara ciri ni tidak dapat dipenuhi dan terpaksa berkompromi. Percaya cakap saya, tiada rumah yang sempurna. Namun buatlah pilihan yang terbaik supaya tidak sesal di kemudian hari.

***

Kredit: ariffhussin.com

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa