Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

RUMAH: SEWA ATAU BELI? JOM LIHAT PRO DAN KONTRA UTK KEDUANYA!

Rumah adalah satu keperluan asas yg perlu ada utk setiap individu. Siapa yg takmau ada rumah sendiri kan? Tipulah klu ada yg memilih utk menyewa saja sampai bila-bila, mesti ada keinginan utk memiliki rumah sendiri.

Tapi kadang-kadang kekangan kewangan pula menjadi masalah sebab tu ada yg terpaksa menyewa dulu sebab belum mampu utk beli rumah lagi.

Di sini admin akan kongsikan pro dan kontra pembelian rumah dan menyewa rumah secara ringkas yg admin petik dari artikel yg ditulis oleh saudari Melissa Lee ini.

KEBAIKAN & KEBURUKAN BELI RUMAH

Kebaikan Pembelian Rumah:

Klu beli rumah sendiri, tentulah akan senang hati. Sebab tuan puan tidak perlu berpindah randah, andai kata tuan rumah tiba-tiba mau rumah diorang balik (sekiranya tuan puan sedang menyewa).

Yg bagusnya lagi klu beli rumah ni, kadar bayaran bulanan agak rendah berbanding sewa (utk sesetengah rumah). Walaupun biasanya tempoh bayaran panjang iaitu selama 35 tahun, tapi tuan puan tidak perlu risau sebab selepas habis tempoh pembayaran balik pinjaman, rumah akan menjadi kepunyaan sendiri.

Kredit foto: YBP

Akhir sekali, harga rumah akan naik, dari situ tuan puan dah mempunyai keuntungan. Tuan puan boleh refinance atau jual rumah nanti sekiranya berniat utk mencari rumah lain pula! Seronok tak?

Tapi! Jangan happy dulu, kena consider juga apa kontranya klu beli rumah sendiri ni…

Teruskan pembacaan…

Keburukan Pembelian Rumah:

Salah satu keburukannya ialah tuan puan perlu menyediakan wang yang banyak. Harga rumah bukan seringgit dua ya tuan puan. Tapi sampai beratus ribu, ada yg berharga jutaan ringgit! Sebab tu banyak yg terpaksa buat pinjaman dari bank.

Klu tuan puan buat loan bank, kadang-kadang susah pula mau lulus. Mungkin sebab ada dokumen yg tuan puan sediakan tu tidak lengkap utk membuat pinjaman tersebut.

Disamping tu tuan puan perlu melalui proses pembelian rumah yang agak rumit apalagi yg berhadapan dgn masalah loan susah mau approved. Mungkin nanti admin akan share pula artikel mcmana cara mudah utk lulus loan rumah. So, nantikan….

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SEWA RUMAH

Kebaikan Menyewa Rumah

Berbeza dengan beli rumah, klu tuan puan menyewa rumah prosesnya lebih mudah dan agak senang sebab tidak perlu menyediakan dokumen yang banyak.

Tuan puan cuma perlu menandatangani “Perjanjian Sewa” dgn pemilik rumah dan boleh terus tinggal selepas menyediakan wang deposit 3 -4 bulan termasuk deposit api dan air (bergantung dgn syarat perjanjian sewa dari pemilik rumah).

Kredit foto: Jaka Subekti

Andai kata tuan puan tidak menyukai kawasan atau rumah tersebut, tuan puan boleh keluar atau pindah terus dari rumah tersebut tanpa perlu risau tentang bayaran bulanan.

Lastly, klu ada kerosakan pada rumah atau masalah penyelenggaraan pula, tuan puan boleh tuntut daripada tuan rumah tanpa keluarkan sesen pun duit tuan puan!

Tapi walaupun banyak kebaikan yg tuan puan nampak klu menyewa rumah, ada beberapa keburukan juga yg tuan puan kena ambil kira klu menyewa…. Contohnya mcm poin-poin di bawah ni.

Keburukan Menyewa Rumah

Klu tuan puan ada niat mau menyewa utk jangka panjang, akan timbul rasa daripada bayar sewa, baik buat bayaran bulanan ke bank. Sekurang-kurangnya, ada harta dan duit untuk bersara nanti. Betul kan? Siapa yg ada rasa mcm ni juga?

Keburukan menyewa rumah sewa juga tidak boleh renovate rumah sesuka hati ya. Klu tuan rumah benarkan tu lain cerita tapi sgt jarang berlaku kecuali memang owner yg mau ubah suai sendiri.

Selain tu tuan rumah ada hak mau membatalkan sewa bila-bila masa. Kesannya pada tuan puan sebab terpaksa utk berpindah dan mencari pula rumah sewa yg lain. Klu tuan puan berkeluarga pula, berpindah agak menyusahkan dan penat sebab banyak barang mau dibawa. Leceh kan?

***

Untuk tuan puan yang mau membeli rumah atau menyewa, renung-renungkanlah kebaikan dan keburukan di atas sebelum membuat keputusan.

Kredit foto: Ajeng Quamilla

Admin harap artikel ni dapat membantu tuan puan dalam membuat keputusan.

Kredit: Melissa Lee

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa