Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

AMBIL TAHU TENTANG JENIS-JENIS LOAN PERUMAHAN INI DULU SEBELUM BELI RUMAH!

Admin rasa ada yg masih belum tahu jenis-jenis pinjaman perumahan yg ada di Malaysia ni kan? Terutamanya golongan newbies yg baru mau menceburkan diri dalam bidang pelaburan hartanah ataupun tuan puan yg berniat mau beli rumah buat pertama kali.

Hari ni admin akan terangkan serba sedikit tentang 3 jenis loan perumahan yg ada berbekalkan ilmu yg admin dpt dari blog imoney dan Sifu Tok Penghulu, blog hartanah yg popular ni.

3 jenis loan perumahan tersebut ialah Basic Term, Semi-flexi dan Full-flexi? Pernah dengar? Klu tak pernah sila teruskan scroll ke bawah sampai habis, tapi klu pernah dgr dan sudah tahu apa salahnya klu tuan puanbaca utk kasi refresh balik kan…Hehe.

Kredit foto: hartabumi

***

Okay jenis loan yg pertama yg tuan puan kena tau ialah Basic Term  Loan.

Ianya sejenis pinjaman dengan jadual pembayaran yang kekal, dimana bayaran bulanan yg tuan puan perlu bayar adalah sama sepanjang tempoh pinjaman.

Jenis pinjaman ini tidak membenarkan tuan puan utk melakukan sebarang pembayaran awal (advance payment) kepada jumlah pinjaman tuan puan ya.

Walaupun tuan puan berbuat demikian, pembayaran lebihan yg tuan puan lakukan akan dibawa ke bulan depan dan tidak akan mengurangkan caj faedah yg dikenakan ke atas pinjaman tuan puan.

Jenis loan yg kedua pula ialah Semi-Flexi Loan.

Loan jenis ‘Semi-Flexi’ ni adalah sejenis pinjaman yang mana tuan puan (peminjam) boleh melakukan advance payment utk mengurangkan faedah yg dikenakan ke atas pinjaman tuan puan.

Dengan pinjaman ini, tuan puan boleh terus melakukan advance payment tanpa perlu lakukan sebarang permohonan rasmi mahupun rundingan dgn pihak bank.

Sebarang advance payment yg tuan puan buat, secara automatik bank akan tolak daripada prinsipal (principal) pinjaman sekaligus menyebabkan faedah pinjaman yang dikenakan akan menjadi lebih rendah.

Mau tau apa kelebihan loan jenis Semi-Flexi ni?

Salah satunya klu tuan puan bercadang utk membawa keluar semula advance payment yg telah tuan puan masukkan, tuan puan boleh buat sedemikian dengan sedikit caj pengeluaran yg dikenakan oleh pihak bank.

Bank biasanya mengenakan caj sebanyak RM50 bagi setiap pengeluaran. Tapi! Tuan puan mesti ingat, setiap pengeluaran yg dibuat akan dikenakan faedah ke atas jumlah pengeluaran tersebut. Jadi jaga-jaga ya…

Akhir sekali ialah jenis pinjaman Full-Flexi Loan.

Pinjaman Flexi atau Full-Flexi Loan dari segi fasiliti tidak ubah seperti Semi-Flexi Loan, cuma ada satu perbezaan iaitu tiada caj pengeluaran dikenakan.

Maksudnya mcm ni, tuan puan bebas mengeluarkan wang advance payment yg dibayar tanpa melalui prosedur yg leceh dan dikenakan sebarang caj oleh pihak bank. Tapi faedah ke atas pengeluaran masih juga dikenakan ke atas pengeluaran mcm pinjaman Semi-Flexi.

Kebiasaannya, bank akan membuka akaun pinjaman yg dihubungkan terus dgn akaun semasa tuan puan. Oleh kerana akaun semasa tu dibuka utk tujuan pinjaman ini, tuan puan akan dibekalkan dgn buku cek bagi tujuan pengeluaran. Dan disini lah bank mengenakan caj bulanan utk fasiliti ini.

Berbanding SemiFlexi yang mengenakan caj bagi setiap pengeluaran, Flexi loan mengenakan caj bulanan yg lebih rendah dan memberikan kebebasan kepada tuan puan utk mengeluarkan wang seberapa banyak kali yang tuan puan mahukan. Biasanya, bank akan mengenakan caj RM10/bulan utk fasiliti ini.

***

Amacam? Pening bukan mau pilih jenis loan yg terbaik utk beli rumah?

Bagi tuan puan yang masih dalam dilema selepas membaca artikel ini, admin cadangkan dapatkan khidmat penasihat kewangan yg bertauliah sebelum membuat keputusan utk pilih loan yg terbaik utk beli rumah idaman tuan puan. Okay?

Kredit foto: doctorringgit

Kredit: gilahartanah, imoney

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa