Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

BAGAIMANA CARA LOAN BANK CEPAT LULUS DGN MUDAH? CUBA FOLLOW 7 TIPS POWER DARI BRADER NI.

“Sudah berkali-kali apply loan, tapi masih juga tak lulus.” keluh si Polan kepada si Polan.

Pernah tak tuan puan dgr keluhan insan lain mcm di atas ni?

Ha! Kejap lagi admin akan share dgn tuan puan semua satu artikel tentang 7 Tips Mudah Lulus Pembiayaan Perumahan Dengan Cepat dipetik dari perkongsian melalui page FB saudara Amir Syahir, seorang penjawat awam yg suka berkongsi ilmu hartanah ni.

Teruskan skrol ke bawah….

***

Sekarang ni pihak bank semakin susah nak luluskan pembiayaan perumahan. Mereka akan membuat tapisan dengan terperinci untuk memastikan hanya yang benar-benar layak dan berkemampuan sahaja yang akan mendapat pembiayaan perumahan.

Mcmana tuan puan mau jadi anak emas pihak bank? Hari ni hantar permohonan pembiayaan perumahan, tiga hari lepas tu sudah dapat approval dari bank. Pantas bukan?

Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah;

1. Mempunyai Kerjaya Yang Stabil Dan Pendapatan Yang Bagus

Tuan puan mesti mempunyai kerja yang bagus dan ada pendapatan yang tetap. Kerja tidak berpindah-randah. Ini tidak, setahun sudah tiga empat kali pindah kerja.

Pegawai bank tengok pun tak yakin. Yg baru kerja pula, sekarang ni bank mau tgk 6 bulan penyata gaji dulu.

2. Mempunyai Debt Service Ratio (DSR) Yang Rendah

Hutang Kepada Pendapatan tuan puan bawah 70% klu boleh. Lagi rendah lagi bagus. Belajar kira;

Jumlah Komitmen Sedia Ada + Ansuran Bulanan Rumah Mahu Beli / Pendapatan Bersih X 100%.

Seharusnya bawah 70%.

3. Mempunyai Rekod Pembayaran Yang Cun Melecun Dalam Laporan CCRIS

Laporan CCRIS penting utk membuktikan tuan puan berdisiplin membayar segala komitmen hutang dengan bank. Ia juga menunjukkan
tuan puan ni pandai menguruskan kewangan dgn baik.

Klu banyak tunggakan tu, tolong la baiki dulu pembayaran tersebut.

4. Mempunyai Tabiat Menyimpan Wang

Kredit foto: Randy Charltron

Tabiat menyimpan haruslah bermula sejak kecil. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Berjimat cermat. Paling bagus klu tuan puan ada simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan utk membayar ansuran setiap bulan.

Klu mau beli rumah yang bulanan RM600, seelok-eloknya ada 6 bulan simpanan iaitu bersamaan RM3600. Lagi banyak duit simpanan tuan puan tu lagi bagus.

5. Jenis Hartanah & Lokasi Hartanah

Sebelum memohon pembiayaan perumahan, pergilah melawat dulu rumah tersebut. Tengok keadaan rumah. Selidik status hartanah. Bagi hartanah yg belum mendapat status Strata, hanya beberapa bank ja yg boleh beri pembiayaan perumahan utk hartanah tersebut. Antaranya;

i. Bank Rakyat 
ii. BSN
iii. Bank Islam
iv. Public Bank

Hartanah yang terpencil ataupun nilai hartanah yg rendah mungkin akan membuatkan pihak bank tidak berminat utk memberi pembiayaan perumahan terhadap hartanah tersebut.

6. Tiada Hutang Negatif Yang Banyak

Kredit foto: Tax Scan Team

Tuan puan seharusnya mempunyai kewangan yg sihat. Bukannya terbeban dgn membayar hutang pembiayaan peribadi, bayar ansuran kereta Ford Fiesta misalnya. Padahal gaji RM2000 ja. Ukur baju di badan sendiri.

7. Baki Bulanan Dalam Akaun Gaji

Hari ni gaji masuk, esoknya sudah tinggal RM200. Mcmana tuan puan mau bayar ansuran rumah klu ansuran bulanan sebanyak RM600? Jadi, bank akan lihat kemampuan kewangan tuan puan.

Hapuskan segala hutang lapuk. Rendahkan komitmen, tambahkan pendapatan dulu ya, baru boleh submit loan perumahan kat bank dgn senang hati….

Cash is King. Tuan puan ada duit pendahuluan untuk beli rumah tapi klu laporan CCRIS barai pun tak guna. Baiki laporan CCRIS dulu.

PTPTN sekarang sudah masuk laporan CCRIS. Jangan terkejut klu tuan puan print laporan CCRIS dan tengok angka besar dekat kotak laporan CCRIS tu. Boleh rosakkan scoring kredit nanti.

Klu ada hutang PTPTN tertunggak tu, cepat-cepat pergi jumpa pegawai PTPTN. Bincang dgn diorang. Buat Ujrah. Bayar semua tunggakan. Ingat penjamin tuan puan juga akan terjejas nanti.

***

Amacam? Power bukan perkongsian tentang cara mudah utk lulus pinjaman perumahan dari brader ni.

Admin harap perkongsian kali ni boleh topup ilmu tuan puan tentang cara mudah lulus mortgage loan application ni supaya tuan puan boleh prepare awal utk elak loan perumahan tuan puan kena reject pula nnt.

Kredit: Amir Syahir

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa