Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

CCRIS VS CTOS, KETAHUI BEZA KEDUANYA SEBELUM APPLY LOAN RUMAH.

Benda pertama yg tuan puan kena buat klu berminat mau beli hartanah dan buat loan perumahan dgn bank, tuan puan mesti cantikkan dulu profil kewangan, CCRIS dan juga rekod CTOS.

Klu CCRIS dan CTOS awal-awal sudah barai, mcmana tuan puan mau yakinkan pihak bank utk luluskan loan rumah tersebut kan? Bank pun takut mau bagi pinjam duit dgn tuan puan.

Okay sebelum tu, mari admin terangkan sikit tentang CCRIS dan CTOS sebab kebanyakan masih ramai yg confuse tentang fungsi keduanya. Penting juga ni klu tuan puan mmg mengharap pihak bank meluluskan permohonan pinjaman dgn mudah.

***

Apa tu CCRIS?

CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah satu platform yg merekod segala pinjaman yg tuan puan buat dengan institusi kewangan seperti bank, broker insurance, syarikat telekomunikasi, dll.

Ia juga akan mengandungi kredit maklumat berkaitan tuan puan seperti di bawah:

  • Kredit tertunggak
  • Akaun perhatian khas, iaitu akaun dimana kemudahan kredit dibawah penyeliaan institusi kewangan.
  • Permohonon pinjaman kredit dalam tempoh 12 bulan yg telah diluluskan atau dalam proses utk diluluskan.

CCRIS cuma akan paparkan rekod 12 bulan ke belakang. Dimana sistem akan kemaskini data setiap 15 haribulan selepas tuan puan settlekan bayaran yg tertunggak.

Klu tuan puan ada rekod CCRIS yg tak bagus, tak perlu risau, sebab lepas setahun rekod akan hilang tapi dgn syarat kenalah langsaikan hutang tu secepatnya.

Ha yg ni tuan puan kena ingat ya, sebelum buat loan perumahan, apa yg paling penting adalah tuan puan kena hilangkan nombor-nombor yg ada (selain daripada nombor “0”) supaya potensi tuan puan utk loan diluluskan adalah tinggi.


Kredit foto: majalahlabur

Apa pula bezanya dgn CTOS?

CTOS (Credit Tip Off Service) pula adalah satu sistem informasi rujukan. Tuan puan akan kena CTOS klu ada tunggakan hutang dgn pihak pemiutang. Ini kerana segala hutang yang tuan puan buat dekat bukan institusi kewangan (seperti bank) akan direkod dalam CTOS.

CTOS juga akan mengumpul maklumat tuan puan dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam seperti yang berikut:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan.

CTOS pula, klu tuan puan bayar secara penuh, ia akan direkodkan pada tarikh yg sama hutang tu dilangsaikan. Bermakna, rekod tuan puan di CTOS masih wujud.

Tapi rekod CTOS ni akan terhapus lepas 2 tahun sekiranya pembayaran penuh sudah dibuat. Tuan puan kena buat bayaran penuh dan pergi semak dekat CTOS untuk pastikan nama sudah clear atau tak.

Kalau tak pun, dapatkan dulu surat full settlement daripada CTOS sebelum tuan puan memohon loan dekat bank.

Terdapat 4 bahagian di dalam CTOS iaitu:-


Kredit foto: majalahlabur

Apa yg admin dpt rumuskan secara keseluruhan tentang CCRIS dan CTOS ialah kedua sistem ni ada beza;

1. CCRIS dibawah seliaan BNM, CTOS pula adalah agensi luar yg tiada kaitan langsung dgn BNM.

2. Sumber maklumat kredit pada rekod CCRIS adalah secara terus daripada BNM. Manakala CTOS pula adalah daripada pelbagai sumber seperti yang dinyatakan sebelum ini.

2. CCRIS dan CTOS tidak akan BANKRAP-kan tuan puan (yg penting hutang tertunggak tak melebihi RM30K)

3. Klu CCRIS sangkut, biasanya bank tak layan permohonan loan kecuali klu tuan puan hapuskan dulu hutang yg tertunggak.

***

Sekarang tuan puan sudah tahu apabeza CCRIS dan CTOS, admin cadangkan tuan puan baiki dulu kelemahan dalam membayar balik pinjaman sedia ada utk mengelakkan masalah membuat loan perumahan di masa depan.

Kredit: majalahlabur,hartanahemasmalaysian, comparehero

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa