Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

JOM BACA LUAHAN GADIS INI BAGAIMANA SUSAHNYA NAK BELI RUMAH TAPI AKHIRNYA BERJAYA BELI RUMAH SENDIRI SELEPAS 3 TAHUN!

Kredit foto: ohbulan (Gambar sekadar hiasan)

Admin tidak nafikan ramai graduan yg berhasrat mau beli rumah tapi berdepan dgn mcm-mcm halangan cthnya loan tak lepas, tak cukup duit downpayment, lokasi rumah yg tak menepati kriteria pilihan dan mcm-mcm lagi lah.

Jadi admin share satu kisah mcmana gadis ni berjaya beli rumah sendiri walaupun sebelumnya beliau hampir mau give up. Tuan puan boleh belajar dari kisah beliau dan ambil pengajaran.

P/S: Psst! Perkongsian kali ni panjang sikit sebab ada dua part.. Harap tuan puan boleh baca sampai habislah sebab dua-dua part ada kesinambungannya. Hehe

***

#Part 1: Susahnya nak beli rumah!

Salam semua. Aku saja je terasa nak menulis confession ni sebab baru je terbaca pasal lambakan rumah above RM250k yang tak terjual di pasaran sekarang ni. Alhamdulillah aku dah berjaya membeli sebuah rumah tapi prosesnya amatlah susah.

Tak payah cerita pasal rumah above RM250k, aku nak beli rumah under RM150k ni pon punyalah seksa. Mana tak seksa, gaji aku bukannya besar.. Basic RM1800 + elaun – epf and all = RM1700. Gaji banyak tu nak survive dekat KL ni agak mencabar jugak. Nak dapat kerja ni pon punyalah susah, bertahun jugak aku menganggur lepas grad. SPA exam, interview selalu tapi satu pon tak lekat. Hantar resume dekat syarikat-syarikat pon tak dipanggil interview. Sedih! Jual nasi lemak pon risiko tinggi, muka tak cun.. takda harapan nak viral. So dipendekkan cerita aku dapat kerja ni lepas 2 tahun menganggur.

Aku start kerja je dah target nak beli rumah sendiri. So aku memang sekat nafsu serakah aku nak melaramlah, nak travel lah, nak beli kereta lah. Hasilnya aku berjaya kumpul RM30k dalam masa 3 tahun. Aku budget nak cari rumah RM150k and under. Budget RM30k tu ingat cukuplah untuk deposit + lawyer and all. Cari punya cari akhirnya jumpa satu rumah cun harga RM150k. Lokasi cun dekat ngan MRT baru, senang nak dapat penyewa + belakang opis aku je so boleh pegi kerja jalan kaki. So bermulalah segala proses nak beli rumah. Aku takut jugak sebenarnya, takut loan tak lepas sebab gaji kecik.

Dan sangkaan aku memang betul. Banyak bank reject permohonan loan aku. Masa tu ada satu bank je yang terima permohonan loan aku tapi jumlah loan dia tak cover 90% harga rumah. Lulus RM110k je. Gila mana aku nak cari RM40k nak cover jumlah selebihnya. Aku dah putus asa dah masa tu. Nasib baik owner rumah tu Melayu, dia kata dia nak tolong anak bangsa dia sendiri so dia discount RM10k + dia sponsor lawyer + SPA punya fee. Aku fikir panjang jugak, yelah duit aku pon cukup-cukup RM30k. Kalau aku setuju, memang kosong terus lah simpanan aku. Mana nak cari duit untuk barang-barang dalam rumah and all kan.

Aku fikir punya fikir akhirnya aku ambil keputusan untuk tak beli rumah tu. Aku rasa mungkin bukan rezeki aku nak beli rumah tu. Memang tak mampu. Sedih gila! Kira masa tu baru aku paham frasa “yang kaya terus kaya, yang miskin tetap miskin”. Yang kaya-raya boleh beli rumah-rumah under RM150k ni lepas tu boleh sewakan kat orang-orang kurangkaya macam aku ni. Sampai bila-bila lah golongan macam aku ni mampu menyewaje lah. Mohon skim perumahan yang ada-ada tu satu pon tak lepas.

Aku cerita dekat mak aku semua ni. Aku tak sangka pulak mak abah aku bank in RM15k dalam account aku. Gila terkejut! Diorang cakap, beli jelah rumah tu. Dah tahu bukan senang nak lulus loan, so jangan lepaskan peluang. Diorang kata tu duit sebenarnya budget untuk kenduri kawin aku. Oleh sebab aku memang takde hati dan perasaan nak kawin so diorang bagi duit tu untuk beli rumah. Kira “berumah tangga” jugaklah tu. Kalau tetiba gatal nak kawin pulak lepas ni pandai-pandai lah cari duit sendiri untuk kenduri kawin.

Akhirnya aku berjaya beli sebuah rumah. Tu pon nasib baik mak bapak aku sponsor RM15k, kalau tak memang tak mampu lah. Dan nasib baik owner rumah aku tu pon baik lain macam. Aku rasa ramai yang macam aku, bercita-cita nak beli rumah tapi gaji tak besar. Tu yang sampai bila-bila duduk menyewa jelah. Bukan senang nak kumpul duit down payment weh! Yang bank pon, tak boleh ke consider sikit. Aku tahu tu memang dah termaktub dalam law diorang tapi tak boleh ke lenient sikit kat golongan macam aku ni. Dah kami berjaya kumpul down payment tu maknanya kami memang betul-betul komited nak beli rumah! Aku doakan golongan-golongan macam aku ni berjaya beli rumah korang sendiri. Amin. Moga Allah permudahkan urusan korang!

Nami

***

#Part 2: Cara kumpul duit & proses beli rumah..

Dalam confession pertama aku tuaku rasa aku agak general je. Tak tulis details tentang proses semua. So dalam confession ni aku nak perjelaskan tentang semuanya. Yelah berbalik kepada tajuk “susahnya nak beli rumah”. First of all tentang macam mana aku kumpul RM30k dalam masa 3 tahun. Tak mustahil pon, bak kata akak twitter rumah 6 bijik tu “boleh je survive”. Memang boleh survive tapi seksa weh! Lifestyle setiap orang bukan sama dan keadaan keluarga pon berlainan.

Aku bertuah sebab aku anak bongsu dan sorang je yang belum berkawin, so aku tak payah nak tanggung adik beradik lain. Mak bapak aku walau tak kaya tapi diorang agak senang lah jugak. Aku setiap bulan memang akan bagi RM100 each kat mak bapak aku tapi diorang selalu tak nak terima sampai aku paksa diorang. Diorang kata alah kalau nak ambik berkat, bagi RM1 pon dah berkat dah tak payah nak bagi banyak-banyak. Apa yang aku buat setiap bulan ialah lepas masuk je duit gaji, aku akan terus masukkan RM700 dalam ASB, tak bertangguh sebab takut “terguna” duit tu. Lepas tu terus bayar sewa bilik. Gaji bersih aku RM1700.

Kira perbelanjaan aku bulanan macam ni pecahan dia:
1. RM700 ASB
2. RM204 sewa bilik
3. RM200 bagi kat mak bapak
4. RM100 bayar bil-bil
5. RM100 per week (tambang pegi balik kerja, makan and all) x 4 = RM400
6. RM50 tabung haji
TOTAL: RM1654 so balance RM46 untuk sedekah + emergency and others

Ye aku tak ada ambik mana-mana plan insurance setakat ni. Aku tahu benda tu penting, abang aku pon agen insurance tapi setakat ni aku belum terbuka hati lagi nak ambik mana-mana plan. Tak bayar PTPTN ke? Aku bertuah tak ambik benda tu sebab aku dapat biasiswa JPA. Kalau kira RM700 x 36 bulan tak sampai RM30k kan? Apa yang aku buat ialah aku menabung RM5 setiap hari, genap 2 bulan aku akan masukkan dalam ASB. So kiranya 6 bulan per year aku akan simpan RM1000, dan lagi 6 bulan RM700. Pening ke? Alah kiranya: (RM700 x 18 = RM12600) + (RM1000 x 18 = RM18000) = RM30600.

Penat weh hidup asyik fikir pasal duit dan macam mana nak maksimumkan simpanan. Survive memang lah survive tapi seksa! Tengok jelah budget aku, mana ada budget untuk “bersosial”. Pengorbanan tu sampai hilang kawan lah. Yelah dah member ajak keluar aku tak join, member ajak travel pon aku tak join, nak jimatkan.. last-last aku dah lost contact dengan diorang. Sakit wey bukak FB, bukak Insta nampak member travel sana sini. Aku manusia, ada kehendak macam tu jugak kot. Tapi aku sabar je, aku selalu motivasikan diri “sabar, kejap je seksa ni”.

Masuk bab rumah, ada komen yang kata rumah tu mungkin above market value kan? Bank valuer dari bank yang beri loan kepada aku kata value rumah tu sebenarnya dalam RM143k – RM147k. So memang RM150k tu above market value tapi margin tak berapa besar. Kira baik jugaklah owner rumah tu turunkan sampai RM140k sebab rumah tu memang cun sangat. Terjaga rapi, cat , grill, lampu, kipas, tiles semua lengkap dan dapat free sebijik aircond pulak. Rumah ready to move in.

Masuk bab bank dan loan. Bank-bank yang reject loan aku tu kira sara hidup Lembah Klang RM1500 sebab tu aku tak layak kalau ikot payslip aku. Tah macam mana bank satu ni kira taraf hidup RM1000 so aku layak untuk dapat loan kat bank diorang. Bab kenapa tak dapat 90% or even 110% tu sebab aku tiada commitment langsung. Yelah aku tak ambik PTPTN, aku pon takde kereta. Bank tak tahu kemampuan aku untuk bayar bulanan. Bank tak pasti aku ni trustworthy ke tak. Apa yang menyokong aku dapat loan tu ialah rekod simpanan ASB aku cun. Aku pernah terbaca sebenarnya bab ni, tapi aku tak berapa ambik kisah so ni untuk pedoman korang jugak untuk masa hadapan. Kalau banyak commitment memang susah nak lepas loan dan kalau tiada commitment langsung pon susah nak lepas loan. So bagi sesiapa yang zero commitment tu boleh apply credit card, tapi jangan guna. Guna sikit-sikit je macam isi minyak ke just untuk rekod bank. Apply sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum apply loan rumah. Sejauh mana kebenarannya wallahu a’lam.

Loan aku yang RM110k tu + free legal fees. Kira RM110k tu memang bayar untuk rumah, ada sesetengah bank yang campur legal fees dalam jumlah loan. So kira aku bertuah lah benda tu free. Lagi satu, valuation fees pon free. Tapi interest rate agak tinggi jugak iaitu 5.1%. Bab kenapa aku tak guna KWSP tu sebab aku kerja baru 3tahun, aku fikir ada berapa sen jelah dalam tu…

Selesai bab-bab loan semua, masuk bab sign S&P dan serah kunci pulak. Proses beli rumah ni leceh sikit, lambat. Kira ambik masa dalam 6-7 bulan jugak nak selesai semua. Owner rumah tu baik lain macam. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dia bagi kunci terus kat aku sebelum selesai semua proses tu! Dia cakap masuk jelah, rumah tu memang kosong so pindah terus je boleh lah deco-deco sebelum cari penyewa. Serius weh mana nak cari orang macam ni? Aku pon deco lah ikot taste aku (pernah tersiar dalam FB deco rumah) hehe. Sebab utama aku nak beli rumah ialah aku nak duduk selesa jiwa dan raga, so aku duduk master bedroom. Aku sewakan 2 bilik yang lain. Alhamdulillah aku perlu topup RM70 je setiap bulan untuk bayar loan rumah. Aku start sewakan bilik-bilik tu bila aku betul-betul dapat geran rumah tu. Bila rumah tu dah memang nama aku, dan aku dah start bayar loan baru aku sewakan. Aku bukan kapitalis.

Okeh, panjang lebar jugak aku tulis kali ni. Harap bermanfaat kepada semua. Kalau malas nak baca, tak payah baca. Tak tahulah admin siarkan ke tak confession ni, tapi terima kasih lah kalau berkongsi semua ni.

Nami

***

Kredit: IIUM Confession, Nami

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa