Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

4 STRATEGI HEBAT PELABURAN HARTANAH UNTUK JANA KEUNTUNGAN

Pelaburan hartanah merupakan pelaburan paling popular di Malaysia dan disukai pelabur kerana ia wujud secara nyata. Tangible asset bak kata orang Amerika.

Dan pelabur yg bijak akan gunakan hartanah sebagai salah satu cabang perniagaan utk mencapai matlamat dalam pelaburan hartanah.

Bagaimana? Dgn mengaplikasikan 4 strategi hebat yg saudara Amir Syahir kongsikan ini….

Strategi pertama, konsep beli dan jual.

Konsep ini sama dgn asas perniagaan yg biasa dimana tuan puan cari hartanah dgn harga yg murah, kemudian dijual semula dgn harga mahal utk dapatkan untung.

Contohnya, dgn ilmu hartanah yg tuan puan ada, boleh beli rumah lelong dan dijual semula pada harga yg lebih mahal.

Selain tu, tuan puan boleh beli rumah underconstruction sebab biasanya pemaju akan jual dgn harga di bawah nilai pasaran.  Kemudian bolehlah tuan puan jual rumah tersebut setelah siap keseluruhan.

Yg keduanya, konsep beli, simpan dan jual.

Beza konsep ni dgn yg pertama tadi ialah tuan puan beli hartanah dgn harga semasa (atau dibawah harga pasaran) dan simpan hartanah tersebut dlm satu tempoh tertentu sebelum dijual.

Tapi tuan puan perlu cari rumah yg ada potensi utk naik harga seperti potensi utk pembangunan baru akan diwujudkan di tempat tu, contohnya kewujudan shopping mall sebab ini akan jadi faktor sesebuah harga hartanah tu semakin tinggi.

Strategi seterusnya ialah konsep beli, baik pulih dan jual balik.

Klu tuan puan beli rumah lelong atau rumah yg dibeli di bawah nilai pasaran, maka strategi ni adalah paling sesuai digunakan.

Rumah lelong biasanya akan dijual murah sekiranya terdapat kerosakan, terbiar, atau rumah tinggalan faktor bencana alam.

Caranya tuan puan perlu baik pulih dulu segala kerosakan rumah tersebut kemudian jual semula dgn harga tinggi.

Yg terakhir, strategi keempat iaitu konsep beli, simpan dan dapatkan aliran tunai positif.

Strategi ni antara strategi yg paling ramai pelabur gunakan sebab boleh beri keuntungan kepada tuan puan secara berterusan dalam tempoh masa yg panjang.

Konsepnya, tuan puan beli rumah dgn harga yg murah kemudian sewakan. Dgn cara ni tuan puan akan kenalpasti bila masa yg sesuai utk jual hartanah tersebut.

Strategi mana satu yg paling terbaik?

Kredit foto: Two Chums

Apa yg admin boleh nasihatkan tuan puan perlu kenalpasti dulu kapasiti ekonomi dan kekuatan kewangan yg ada.

Selain tu, dalami selok belok tentang ilmu pelaburan hartanah. Jgn nak untung cepat saja.

“Pelaburan hartanah tak sentiasa perlukan modal yg tinggi, cukup sekadar tahu apa yg nak dibuat”

Admin harap ilmu yg dikongsi ni boleh beri banyak manfaat berguna utk tuan puan menjadi pelabur hartanah yg bijak dan hebat dalam menjana keuntungan.

Kalau kita tak mula dari sekarang, bila lagi?

Kredit: Amir Syahir, gilahartanah

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa