Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

FREEHOLD VS LEASEHOLD. YANG MANA LEBIH MENGUNTUNGKAN?

Sebelum tuan puan cari jawapan yg mana lebih menguntungkan, admin nak terangkan dulu maksud Freehold dan Leasehold kepada tuan puan utk lebih jelas.

Terasa mcm rugi pula kalau admin tak kongsi dgn tuan puan ilmu yg bermanfaat ni hasil tulisan Tuan Eza, dari blog majalahlabur.com.


Kredit foto: propsocial

Freehold ataupun pegangan bebas bermaksud tanah di mana pemilikannya adalah utk tempoh selama-lamanya. Maksudnya, tuan puan atau pemilik tanah bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa perlu dipulangkan semula kpd kerajaan.

Leasehold pula atau pegangan yg berstatus pajakan ialah jenis pegangan ke atas hartanah utk suatu tempoh yg telah ditetapkan.

Status freehold membenarkan tuan puan utk pindahmilik hartanah yg dibeli kpd anak-anak, atau sesiapa saja selepas tuan puan meninggal dunia dan seterusnya anak-anak tuan puan pula boleh pindahkan milikan hartanah tersebut kpd anak-anak mereka dan proses ini akan berterusan sampai bila-bila.

Manakala, hartanah yg berstatus leasehold pula, tempoh pajakan yg biasa ialah utk 99 tahun selepas hartanah tu siap dibina oleh pemaju. Tapi, di Sabah dan Sarawak, tempoh pajakan adalah lebih panjang kebiasaannya.

Di dalam dokumen hak milik, freehold dikenali sebagai Geran atau Geran Mukim. Maksudnya, Geran merujuk kpd hak milik yg dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri, manakala Geran Mukim merujuk kpd hak milik yg dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah. Contoh No. Hakmilik, Geran 339 yg dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri, Geran Mukim 339 yg dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah.

Di dalam dokumen hak milik bagi tanah yg berstatus leasehold pula mempunyai no. hakmilik muktamad sebagai pegangan tersendiri seperti PAJAKAN 339 atau PAJAKAN MUKIM 339. Kebanyakan tanah utk projek perumahan adalah berstatus ‘pajakan’ yg merupakan tanah ‘diberimilik’ oleh kerajaan kpd pemaju utk dibangunkan. Hanya projek-projek perumahan terdahulu yg sudah dimiliki oleh individu saja ygmemiliki status freehold.

Persoalannya, yg mana lebih menguntungkan?

Sebenarnya, kedua-duanya pun menguntungkan. Tapi nasihat admin sekiranya tuan puan mempunyai status kewangan yg banyak, bolehlah beli hartanah jenis freehold especially di tempat-tempat yg membangun. Sebaliknya, klu status kewangan terhad, lebih baik beli hartanah jenis leasehold sebab lebih murah.

Selain tu, tetapkan dulu nak beli hartanah utk apa, sama ada utk duduk sendiri atau utk investment. Sebabnya, klu duduk sendiri tuan puan lebih untung beli projek under freehold. Dan sebaliknya klu utk investment, hartanah yg berstatus leasehold lebih menjana keuntungan sebab sewa akan masuk akaun bank tuan puan secara berterusan sampailah habis tempoh pajakan.

Semoga perkongsian kali ni membawa manfaat yg berganda buat tuan puan yg masih confuse nak beli hartanah berstatus freehold atau leaseholddgn mempertimbangkan segala aspek yg admin sharetadi.

Kredit: Tuan Eza

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa