Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

BELI RUMAH TANPA MODAL? INI DUA TEKNIK BERKESAN YANG PERLU DIPRAKTIKKAN!

Siapa kata perlu modal yg besar nak beli rumah? Sebenarnya boleh ja beli rumah tanpa modal. Macamana? Ha ni admin nak tunjuk teknik yg dikongsikan oleh saudara Saufi Karim bagaimana cara beliau membeli rumah walaupun tanpa modal.

Melalui perkongsian beliau, dgn menggunakan dua teknik ni seolah-olah tuan puan tak perlu bayar wang pendahuluan yg tinggi. Dua teknik tersebut ialah cari rumah yg memberi diskaun sebanyak 10% atau cari rumah terpakai tanpa bayar wang.

Teknik yg pertama yg dicadangkan adalah cari rumah yg memberi diskaun sebanyak 10%. Ini kerana banyak developer akan berusaha utk menarik perhatian pembeli rumah terutama di lokasi panas yg harganya terlalu tinggi.

Kredit foto: Voiz Asia

Maksud lokasi panas seperti kawasan perumahan yg berdekatan dgn bandar dan akses jalanraya, serta mempunyai kemudahan awam yg banyak. Setelah tuan puan memperolehi diskaun 10% pada harga rumah baru, tuan puan boleh membuat permohonan pembiayaan rumah sebanyak 90%.

Oleh yg demikian, rumah tuan puan akan dibiayai oleh bank daripada mula membuat tempahan sehingga rumah tersebut siap dibina.

Selain tu, tuan puan boleh menggunakan teknik yg kedua iaitu dgn membeli rumah terpakai tanpa bayar wang. Tuan puan perlu membuat perbincangan dgn pemilik rumah terpakai dgn menumpukan kpd bagaimana tuan puan boleh membeli rumah tersebut dgn mendapat kelulusan bank 100%.

Kredit foto: istock

Walaupun pada hakikatnya pihak bank hanya mampu memberikan tuan puan 90% pinjaman. Tapi disebabkan perbincangan dgn pemilik rumah tersebut berjaya, maka seakan-akan tuan puan membeli rumah dgn pembiayaan 100%.

Cara ini beliau gunakan semasa awal-awal nak membeli rumah dan berjaya membeli rumah tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang yg banyak hanya utk memiliki rumah terpakai. Selebihnya tuan puan kenalah usaha lebih sikit utk mendapatkan rumah impian tuan puan.

Semoga perkongsian teknik yg berkesan ini dapat membantu tuan puan utk membeli rumah walaupun status kewangan tuan puan kurang memberangsangkan.

Kredit: Saufi Karim

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa