SUBSALE, UNDERCON & LELONG: 3 JENIS RUMAH YANG WAJIB ANDA TAHU!

Kalau admin diberi pilihan sama ada nak beli rumah antara subsale, undercon dan lelong, bagi admin tuan puan kena kenalpasti status kewangan dan matlamat beli rumah tu dulu sebab ketiga-tiga jenis rumah ni masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yg tersendiri. Terpulang kepada objektif tuan puan sama ada nak beli rumah tersebut untuk tujuan duduk sendiri atau pelaburan.

Tapi sebelum tu admin nak kongsi ilmu yg simple tapi inshaaAllah bermanfaat kepada tuan puan dalam memilih jenis rumah di antara ketiga-tiganya. Ilmu ni admin dapat dari perkongsian penulis blog yg bernama saudari Faza dan ditambah sedikit dari blog sifu hartanah, TokPenghulu.

#1. Rumah Subsale @ Second

Kredit foto: Hasrul Hassan

Rumah subsale atau lebih dikenali dgn rumah second yg sudah dibina dandiduduki utk dijual semula. Kebaikan membeli rumah subsale ialah ia sudah siap tersedia maka risikonya rendah.

Tuan puan boleh memilih rumah subsale berdasarkan lokasi, fizikal rumah yang memenuhi citarasa contohnya reka bentuk rumah lama, sudah direnovate atau ingin rumah basic unit, kejiranan.

Harga jual rumah subsale kini lebih rendah dari harga market value. Pembeli ada banyak pilihan sekarang kerana adalah “buyer’s market” iaitu supply rumah lebih banyak berbanding permintaan (demand) pembeli. Walaupun lebih murah, tapi tuan puan kena ingat tak banyak bank dapat bagi loan.

Pembeli boleh memilih lokasi rumah subsale berdekatan dengan kemudahan seperti sekolah, akses highway, bank, restoran dan lain-lain.

Keburukan membeli rumah second ialah bangunan agak lama dan mungkin tak berapa selamat utk tuan puan duduki atau disewakan. Selain tu, peralatan isi rumah juga sudah lama dan mungkin perlu ditukar baru. Tuan puan juga memerlukan deposit sebanyak 10% dari harga jual rumah dan anggaran 3%- 5% tambahan untuk kos guaman (perjanjian jual beli/SPA/SNP) dan setem duti.

#2. Rumah Undercon @ Projek baru

Kredit foto: gilahartanah

Rumah undercon atau rumah projek baru pula ialah rumah yang baru nak dibina oleh pemaju dan belum pernah diduduki. Rumah projek baru atau dikenali sebagai under construction atau undercon saja.

Klu tuan puan memerlukan rekaan bentuk rumah yg baru dan terkini, berserta ciri-ciri keselamatan yg lengkap maka rumah jenis undercon patut menjadi pilihan tuan puan.

Kebiasaannya booking deposit rumah jenis ini lebih rendah dan banyak pakej istimewa diberi oleh pemaju seperti peralatan isi rumah baru yg datang dgn jaminan.

Keburukan membeli rumah undercon ialah tuan puan akan berhadapan dgn risiko yg tinggi dan tempoh menunggu yg lama di samping harga yg lebih tinggi. Walaupun lebih mahal tetapi tuan puan akan ada banyak pilihan bank utk loan.

#3. Rumah Lelong @ Auction House

Kredit foto: gilahartanah

Rumah lelong ialah rumah yang telah siap dan pernah diduduki dan dijual dalam pasaran lelong kerana tuan rumah tidak mampu membayar bayaran bulanan bank seperti yang ditetapkan. Rumah lelong juga dikenali sebagai Auction House.

Kebaikannya harga rumah lelong jauh lebih murah iaitu 50% dari harga pasaran semasa dan boleh dibeli di mahkamah atau di iklan lelongan di surat khabar. Rumah lelong boleh dilihat dan ditinjau dari luar rumah saja dan tidak boleh lihat ruang dalam.

Tuan puan memerlukan deposit 10% untuk bayaran deposit utk menjadi pembida dalam lelongan awam. Setelah selesai membida, tuan puan perlu bayar baki pembelian rumah lelong dalam tempoh 90 hari atau duit booking akan hangus. Klu nak beli rumah lelong ni memerlukan ilmu dan tahu selok belok mengenai rumah lelong yang nak dibeli.

Kredit: Faza, gilahartanah

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa