3 ASPEK PENTING MEMILIH LOKASI TAPAK TANAH LOT

Pembelian hartanah melibatkan banyak aspek yg perlu dititikberatkan seperti 3 aspek penting yg akan admin terangkan di bawah ni.

Aspek pertama yg perlu tuan puan ambil kisah ialah fasiliti dan kemudahan awam. Kalau tuan puan nak beli tapak tanah, pastikan tuan puan memilih kawasan lot yg mempunyai fasiliti seperti Sekolah, Masjid dan dll. Selain tu, kalau berdekatan dengan Pasaraya lebih bagus kerana ianya akan memudahkan tuan puan pada masa akan datang.

Kredit foto: Pi1M Pekan Sik

Kedua, infrastruktur yg baik juga penting dalam pemilihan lokasi tapak tanah lot. Contohnya, jalan raya yg sudah diturap, sistem elektrik dan air, dll. Sekiranya tidak ada kemudahan ini tersedia, tuan puan mungkin perlu mempertimbangkan lagi keputusan untuk membeli tanah tersebut kerana akan melibatkan kos yg tinggi utk membuat jalan raya pula.

Kredit foto: Tribun Travel

Yang terakhir, aspek keselamatan juga sangat penting dalam memilih kawasan tapak tanah lot. Kalau boleh tuan puan buatlah kajian sedikit tentang lokasi tanah tersebut seperti kadar jenayah, bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain. Lebih baik tuan puan ambil langkah berjaga-jaga dari awal daripada menyesal di kemudian hari. Betul tidak?

Kredit foto: Mohamad Haikal

Sekian saja perkongsian admin pada kali ni. Semoga bermanfaat walaupun agak ringkas penulisannya. Admin harap dengan perkongsian ni tuan puan dapat terapkan 3 aspek penting ni dalam memilih lokasi tapak tanah lot kelak.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa