CARA DAPAT DUIT LEBIH DENGAN BUAT REFINANCING UNTUK LOAN RUMAH ANDA!

Pernah tak rasa penat nak bayar loan rumah? Tempoh pembiayaan selama 30 sehingga 35 tahun terasa sangat lama bagi tuan puan? Nak bayar loan kereta yg 7 ke 9 tahun tu pun macam rasa nak give up ja kan lepas 4 @ 5 tahun? Hihi

Klu nak jual rumah tu rasa sayang pula sebab dah wujud rasa selesa tinggal kat rumah tu (bagi yg duduk sendiri) dan bagi yg menyewakan pula rasa sayang sebab penyewa baik sangat (Contoh saja ya). Macamana ni? Apa nak buat? Sebenarnya tuan puan boleh buat refinancing, rumah tak dijual tapi boleh dapat duit lebih tau! Seronok kan?

Pembiayaan semula pinjaman rumah atau refinancing merujuk kepada tindakan menggantikan pinjaman rumah yang sedia ada dengan pinjaman baru di bawah terma dan syarat yang berbeza.

Dalam erti kata lain, fikirkan ia sebagai meminjam wang sekali lagi untuk membayar hutang yang tuan puan bayar dalam akaun pinjaman rumah tuan puan sekarang.

Jom hadamkan contoh mudah dan ringkas hasil perkongsian ilmu refinancing dari saudara Azlan Muzamel ni.

Contoh:
Tahun 2000 tuan puan beli rumah dgn harga RM100k

Bayaran bulanan = RM300 sebulan
Tempoh loan katakan 20 tahun.

Tahun 2018 nak pakai duit..
Katakan tuan puan nak renovate rumah yg dibeli tahun 2000 tu. Nak tambah dapur misalnya, mesti perlukan cash. Mana nak cekau duit?
Caranya refinance rumah sedia ada.

Bagaimana?
Refinance maksudnya apply loan kali kedua ke atas hartanah yg sama.

Dulu nilaian rumah RM100k, tahun 2018 nilaian adalah RM300k (harga semasa).

So nilai refinance (nilai loan baru) adalah berdasarkan RM300k.

So,
Nilai pinjaman baru = 90% dari RM300k
Iaitu = RM270k

RM270k cash boleh dapat dari bank.
Bank akan tolak baki loan lama dulu (dan dll)

Contoh:

Tolak:
Loan lama (baki) katakan RM30k
Duit lawyer bank (refinance) = RM13.5k
based loan RM270k  (estimate 5% dari RM270k)
Takaful/insuran (katakan) = RM10k

Total tolak: RM53.5k

Jadi nilai bersih kita akan dapat dari hasil refinance ialah..

Rm270k – RM53.5k = RM216,500 
CASH MONEY TO OUR POCKET!

Psstt tapi tuan puan kena ingat, refinance maksudnya MEMBUAT HUTANG BARU! Jadi utk tempoh 20 -30 tahun (bgantung tempoh kita entitle utk loan baru) kita akan berhutang dgn bank.. 

Kalau loan RM270k :
Katakan profit bank 6%
Tempoh 20 tahun (sebab kita dah berusia)
Installment anggaran sebulan = RM1950 (Lebih kurang)

KESIMPULANNYA..

Tentukan dulu NIAT tuan puan bila nak buat sesuatu perkara, kalau tuan puan nak buat refinance utk buat hutang JAHAT (utk tambah liabiliti)
admin cadang JANGAN buat refinance!

Tapi utk tambah aset (buat deposit utk beli 2-3 bijik rumah lagi) YES, ini bagus utk tuan puan gunakan teknik refinance!

Yg penting, tuan puan dah CALCULATE keuntungan bulanan verses installment kpd bank dan setiap bulan generate POSITIVE CASH FLOW.

Good luck beramal dgn ilmu refinancing!

Kredit: Azlan Muzamel, imoney

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa