Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

TEKNIK MUDAH BELI RUMAH GUNA AKAUN 2 KWSP: BAHAGIAN I

Topik yg akan admin kongsikan kali ni sangat berguna utk tuan puan yg nak beli rumah tapi langsung takda simpanan nak bayar deposit. Sebenarnya tuan puan boleh guna Akaun 2 KWSP tuan puan utk beli rumah. Tapi kali ni admin nak fokuskan kepada pengeluaran utk membeli rumah bagi pengeluaran individu dulu. 

Persoalannya, berapa jumlah pengeluaran individu yang LAYAK dikeluarkan dari akaun KWSP tuan puan utk BELI RUMAH? Apa syarat-syarat kelayakan utk memohon?

Bahagian 1 – PENGELUARAN INDIVIDU

Tapi untuk topik ni admin akan fokuskan kepada pengeluaran untuk MEMBELI RUMAH bagi PENGELUARAN INDIVIDU.

Macam yang kita semua tahu, setiap caruman KWSP ni dibahagikan kepada 2 akaun, iaitu :

AKAUN 1: Akaun ini akan memegang sebanyak 70% daripada keseluruhan jumlah tabungan. Akaun ni juga hanya boleh dikeluarkan sekiranya usia tuan puan telah sampai umur pencen (kerja swasta) iaitu 55 tahun atau tuan puan telah disahkan jawatan sebagai Penjawat Awam (Sekiranya tuan puan Kerja Kerajaan).

AKAUN 2: Akaun ini pula akan memegang 30% daripada keseluruhan jumlah tabungan. Akaun ni lah yang boleh digunakan untuk tujuan pembelian rumah. Ingat ya, hanya AKAUN 2 SAHAJA yang boleh digunakan untuk beli rumah!

Sebelum tu jom semak syarat-syarat kelayakan memohon sebelum admin teruskan dgn formula pengiraan pengeluaran yg layak..

Kredit foto: UNSW Sydney

Kelayakan Memohon:

  1. Ahli merupakan warganegara ATAU bukan warganegara.
  2. Haruslah berumur 55 tahun kebawah sewaktu memohon.
  3. Tuan puan masih mempunyai simpanan dalam akaun 2.

Permohonan akan ditolak sekiranya tuan puan,

  1. Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  2. Untuk tujuan mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  3. Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  4. Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  5. Untuk membeli rumah ketiga
  6. Membeli rumah di luar negara

Ok, selepas check kelayakan pengeluaran tuan puan, sekarang jom kita kira jumlah pengeluaran yang layak.. Guna formula ni.

(Harga Jual – Jumlah Pinjaman) + (10% x Harga Jual) = Jumlah Pengeluaran Maksimum KWSP

CONTOH (PENGELUARAN INDIVIDU):

Katakan harga rumah RM250k 

Pinjaman Bank RM225k. (Sbb bank cuma boleh bagi pinjam 90% sahaja daripada harga rumah)

MAKA :
Jumlah Maksimum Pengeluaran KWSP = (RM250k – RM225k) + (10% x RM250k)
= RM50k

Jadi dalam kes ni, jumlah maksimum yg boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM50k sahaja.

Kalau AKAUN 2 ada RM60k, tuan puan cuma boleh keluarkan maksimum RM50k sahaja… Lebihan RM10k tu biar dia duduk dalam AKAUN.

Tapi kalau duit dalam AKAUN 2 tak sampai RM50k, macamana? Tuan puan boleh keluarkan semua amaun yg ada dalam AKAUN 2 tu, bagi habis.

AKAUN 2 sudah keluar habis tapi still tak cukup jugak? Sorry, AKAUN 1 tetap tak boleh guna ya.

Terpaksalah tuan puan ikhtiar cara lain utk tambahkan jumlah yg tak cukup tu.

Jadi, jumlah pembiayaan yang tuan puan ada sekarang ialah (Kita andaikan AKAUN 2 ada RM50k) :
✔ Pinjaman Bank = RM225k
✔ KWSP AKAUN 2 = RM50k
✔ TOTAL = RM275k

Tapi… harga rumah RM250k sahaja, kenapa ada lebihan 10% (RM25k) pula?

(RM275k – RM250k = RM25k)

Sebab RM25k ni lah yg tuan puan perlu guna utk urusan-urusan lain seperti duit booking, bayaran Guaman dan SnP.

Jadi dgn adanya simpanan KWSP, kurang sikit la beban pekerja swasta nak beli rumah pertama kan. 

Kepada fresh graduate yg baru start kerja tu, kena pastikan majikan carum KWSP tau.. Sambil2 tu boleh start buat tabungan..

Untuk senarai lengkap pengeluaran KWSP boleh rujuk portal KWSP di bawah ni.

http://www.kwsp.gov.my/portal/member/member-responsibility/withdrawal/types-of-withdrawals

Sekian perkongsian admin kali ni bagaimana pengeluaran guna Akaun 2 KWSP utk membeli rumah bagi pengeluaran individu. Di bahagian II nanti admin akan kongsikan cara pengeluaran KWSP bagi pengeluaran bagi pembelian bersama pula. Nantikan post seterusnya…

Kredit: Mohd Daini Md Saad, Fatin

Rujukan: KWSP

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa