Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

STEP BY STEP BELI RUMAH GUNA GOVERNMENT LOAN

Bekerja di sektor awam sememangnya mempunyai satu kelebihan kerana tuan puan boleh memohon pinjaman kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Kali ni admin akan kongsikan langkah-langkah utk beli rumah guna loan kerajaan seperti dibawah ni:

  • Cari dan lantik peguam hartanah utk uruskan pembelian rumah.

Setelah tuan puan jumpa rumah idaman, tuan puan perlu mencari dan melantik peguam yg boleh dipercayai utk menguruskan pembelian rumah tuan puan.

Lagi bagus sekiranya owner pun guna peguam yang sama supaya dapat memudahkan dan mempercepat urusan pembelian rumah tuan puan.

  • Apply pinjaman perumahan secara online.

Tuan puan bolehlah apply pinjaman perumahan secara online melalui link ni https://sppb.lppsa.gov.my/v2/

  • Setelah semua maklumat di isi dengan penuh dan sudah submit,  tuan puan wajib print semua borang tu dan minta tandatangan majikan atau Ketua Jabatan.
  • Tuan puan perlu hantar borang yang di tandatangan oleh majikan ke LPPSA dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online. Hantar sekali dengan dokumen sokongan yang diminta.
  • Tuan puan boleh dapat jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen oleh LPPSA. Itu pun kalau tak ada apa-apa masalah. Status tuan puan boleh check online ja.
  • Pada masa yang sama, tuan puan perlu lengkapkan borang penilaian dan juga surat iringan. Tak perlu risau kerana mereka akan sertakan contoh dalam email. Ikut ja contoh tu.
  • Lepas LPPSA luluskan permohonan tuan puan, mereka akan hantar Surat Tawaran (Offer Letter) kelulusan pembiayaan kepada tuan puan.

Tuan puan perlu balas surat tu dengan segera. Sebab prosesnya agak lambat, bagi mengelakkan tuan puan kena bayar penalti jika duit lambat dapat kepada owner.

  • Kemudian peguam tuan puan akan uruskan dokumen Sale and Purchase Agreement dan beberapa lagi dokumen.

Cuma tuan puan akan berjumpa dengan peguam tuan puan utk tandatangan dokumen-dokumen tu.

Masa tandatangan tu tuan puan akan diminta untuk bayar baki deposit dan juga kos guaman.

Pastikan sentiasa follow up dengan peguam tuan puan untuk cepatkan proses.

  • Tuan puan akan dapat kunci dan geran bila LPPSA sudah disburse duit kepada bank owner dan owner tu sendiri.

Amacam? Mudah bukan proses beli rumah guna loan kerajaan ni kalau kita ikut step by step dengan betul. Admin harap semoga perkongsian kali ni dapat membantu tuan puan yg bekerja di sektor awam utk membeli rumah menggunakan loan kerajaan.

Kredit: Syafiq Azni

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa