Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

APA BEZA BUMI LOT DENGAN NON-BUMI LOT?

Perkongsian kali ni admin akan share secara ringkas tentang perbezaan Bumi Lot dan Non-Bumi Lot.

Mungkin ada yg sudah tahu, dan mungkin ada yg belum tahu. Bagi yg belum tahu, Bumi lot ni memang dikhaskan untuk bumiputera saja dan hanya bumiputera saja yg boleh beli. Jadi, yg bukan bumiputera tak boleh la nak beli.

“Bolehkah saya menukarkan unit hartanah berstatus BUMI LOT kepada NON-BUMI LOT agar dapat dipindahmilik untuk orang bukan Melayu?”

Jawapan bagi soalan di atas adalah “Boleh..asalkan tidak menjejaskan kepentingan syarat atau kuota..”

1) Tahukah tuan puan, status bagi sesuatu hartanah untuk unit Bumi Lot / Bumiputera ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam pelan Kelulusan Perancang.

2) Ia diguna pakai dalam jualan hartanah baru oleh pemaju perumahan (Developer). Pemaju perlu menjualkan lot-lot tersebut kepada orang Bumiputera @ Melayu sahaja.

3) Hartanah yang dikenali sebagai unit Bumi Lot jarang terdapat label di atas hakmilik individu hartanah tersebut.

4) Di dalam sesuatu kes, syarat dan perjanjian jual beli akan menentukan sama ada unit hartanah yang dipetakkan adalah Bumi Lot atau pun tidak.

5) Bagi sesetengah negeri, Bumi Lot boleh dilihat dibawah sekatan kepentingan hartanah tersebut dan di dalam kes terpencil, boleh lihat label Bumi Lot di atas Geran Hakmilik individu seperti yang dibuat untuk hartanah Rezab Melayu.

6) Terma kuota Bumiputera ditetapkan oleh pihak berkuasa kerajaan akan memberikan kelulusan kepada pemaju. Kebiasaannya untuk unit Bumi Lot WAJIB ada sekurang-kurangnya 20% kuota pemilikan dalam sesuatu projek pembangunan.

7) Sekiranya lot hartanah tersebut tidak dapat dijualkan, pemaju boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri untuk membenarkan unit Bumi Lot tersebut dijual kepada orang bukan Melayu.

BAGAIMANA PULA DENGAN NON-BUMI LOT?

Untuk non-bumi lot pulak, semua orang boleh beli.
Kalau tuan puan nak buat pelaburan, disarankan untuk membeli non-bumi lot. Sebabnya, bila tuan puan nak jual dikemudian hari, semua orang boleh beli, jadi pasaran akan lebih luas.

Habis tu, apa kelebihan bumi lot? Bumi lot ni lebih kepada nak membantu bumiputera untuk dapatkan rumah sendiri dengan mengurangkan persaingan.

Amacam? Admin harap tuan puan dapat hadam ilmu simple tentang Bumi Lot dan Non-Bumi Lot ni. InshaaAllah next entri admin akan cara permohonan penukaran status bumi lot kepada non-bumi pula. Nantikan ok?

Kredit: Haziq Irfan, Yess

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa