CARA PERMOHONAN PENUKARAN STATUS BUMI LOT KEPADA NON BUMI

Seperti yg admin janjikan pada entri sebelum ni, admin akan kongsi secara ringkas bagaimana nak mohon pertukaran status bumi lot kepada non-bumi lot.

Tuan puan boleh lihat cara-caranya seperti di bawah ini:

● Pemaju / Firma guaman / pentadbir / pemilik hartanah boleh merujuk dan membuat permohonan melepaskan unit kuota Bumiputera tersebut di Lembaga Perumahan Dan Hartanah (LPHS).

● Permohonan perlu dihantar ke Unit Blanket Consent, Bahagian Kemajuan Dan Pembangunan Tanah, Pejabat Tanah Galian Negeri (PTG). Proses ini memakan masa dalam 30 hari.

● Penggantian nama pembeli Bumiputera kepada pembeli bukan Bumiputera mestilah TIDAK MENJEJASKAN kuota Bumiputera yang ditetapkan di dalam sesebuah projek pembangunan.

● Pengesahan (Certified True Copy @ CTC) Surat kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) dan surat kelulusan pembatalan dan penggantian nama pembeli diperlukan bagi proses pindahmilik tanah dan sebagai rujukan.

● Pembeli boleh membuat permohonan untuk mendapatkan pengesahan (Certified True Copy / CTC) bagi salinan surat kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) dan surat kelulusan pembatalan dan pengantian nama pembeli.

● Jika penggantian nama pembeli menjejaskan kuota Bumiputera, pihak yang menguruskan hartanah ‘subsale’ atau bagi kes lelongan perlu mendapatkan kelulusan MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dengan membuat permohonan rayuan kepada LPHS.

Semoga sharing kali ni dapat membantu tuan puan yg berniat nak tukar status dari bumi lot kepada non-bumi lot dgn lebih mudah. InshaaAllah.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa