Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

KENALPASTI OBJEKTIF ANDA SEBELUM TERLIBAT DALAM PELABURAN HARTANAH!

Pelaburan hartanah merupakan satu bentuk pelaburan yg high risk namun jika matlamat tuan puan nak melabur dalam bidang hartanah cukup jelas ianya boleh menjadi satu pelaburan yg sangat menguntungkan. Admin rasa bersalah pula kalau tak share ilmu penting dari Tuan Farhan ni dengan tuan puan semua yg berniat nak melabur dalam bidang hartanah.

Ada 3 objektif yg admin nak kongsikan dgn tuan puan yg perlu ditetapkan iaitu:

  1. Capital Appreciation/Capital Gain
  2. Cash Flow
  3. Flipping
Kredit foto: capitalkishiimu

Apa maksud pelaburan berobjektifkan capital appreciation/capital gain?

  • Capital appreciation ialah peningkatan harga bagi hartanah pada masa depan.
  • Jika objektif tuan puan nak dapatkan peningkatan harga maka tuan puan bolehlah membuat pelaburan ke atas hartanah jenis komersial sebab hartanah jenis ni lebih berbaloi kerana terdapat kenaikan sekurang-kurangnya 8% per annum.
  • Tapi kewangan tuan puan pula kena power dan mencukupi sebab tuan puan kena tunggu beberapa tahun pula utk jual hartanah jenis ni.
  • Sebab tu kena prepare kewangan yg kukuh awal-awal, utk mengelakkan tuan puan tidak mampu utk membayar installment bank sekiranya hartanah tersebut tidak disewakan @ kadar sewa pula tak cukup nak bayar loan bank.
  • Ringkasnya, klu tuan puan nak beli tapi nak tunggu beberapa tahun selepas tu baru jual, maka ini yg dimaksudkan pelaburan berobjektifkan capital appreciation.
Kredit foto: Arbor Investment Planner

Bagaimana pula pelaburan berobjektifkan cash flow?

  • Cash flow ialah aliran kewangan tuan puan setiap bulan terhadap hartanah tersebut. Adakah hartanah tersebut memberikan cash flow yg positif (lebihan wang) ataupun negatif (kerugian wang) kepada tuan puan.
  • Pelabur yg membuat pelaburan jenis ni sesuai membuat pelaburan terhadap rumah strata seperti apartment, condominium atau flat.
  • Klu tuan puan melabur utk tujuan ini, banyak benda yg tuan puan kena fikir supaya cash flow tuan puan sentiasa positif. Contohnya, tuan puan kena belanja lebih sikit utk renovate rumah then mark up sewa yg lebih tinggi.
Kredit foto: mynwhometeam

Pelaburan berobjektifkan flipping? Apa tu?

  • Flipping bermaksud tuan puan membeli rumah hanya dgn tujuan nak jual rumah tersebut setelah siap.
  • Jika tuan puan nak melabur utk tujuan flipping, maka rumah yg paling sesuai dibeli ialah rumah jenis undercon. Tuan puan cuma perlu bayar interest bank dalam tempoh menunggu rumah tersebut siap.
  • Jika developer bagi banyak diskaun, lagilah pelabur yg buat flipping ni suka.
  • Tapi kebiasaannya keuntungan utk flipping tak banyak macam keuntungan tuan puan tunggu beberapa tahun utk jual. Sebab biasanya kenaikan cuma 10-15% daripada harga rumah atau mungkin lebih rendah.

Bagaimana? Sekarang dah jelas tentang objektif tuan puan nak melabur dalam bidang hartanah? Pastikan matlamat tuan puan jelas dulu sebelum membuat pelaburan dalam bidang hartanah.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa