4 KELEBIHAN BELI RUMAH BARU BERBANDING RUMAH SECOND HAND!

Bagi pembeli yg pertama kali nak beli rumah, sudah pasti tuan puan akan bingung sama ada nak pilih utk beli rumah baru @ yg sedang dalam pembinaan atau rumah second hand. So, admin nak mudahkan kerja tuan puan dgn menyenaraikan kelebihan-kelebihan beli rumah baru berbanding rumah second hand.

Sebelum tu bagi newbie yg baru nak berjinak-jinak dengan hartanah pasti ada yg belum tahu dengan jelas apa maksud rumah baru dan rumah second hand ni kan?

Biar admin jelaskan dgn lebih lanjut seperti penerangan di bawah ni…

Rumah Baru: Boleh jadi rumah dalam pembinaan (under construction) atau juga rumah yg sudah siap sepenuhnya, tinggal nak tunggu tuan rumah baru utk menghuninya.

Rumah Second Hand: Juga dikenali sebagai rumah subsale, di mana telah ada pembeli yg beli daripada pihak pemaju.

4 Kelebihan Beli Rumah Baru @ Under Construction..

Kelebihan yg pertama sudah tentulah tentang kelengkapan rumah semuanya masih baru. Contohnya dari segi pendawaian, cat luaran dan dalaman rumah dan lain-lain.

Apabila semuanya baru, barulah tuan puan yakin nak duduk dalam rumah tu, ataupun sekiranya ada niat nak jadikan sebagai pelaburan, barulah tuan puan yakin nak sewakan kat orang lain. Betul tidak?

Yang keduanya, biasanya rumah baru ada waranti. Sekiranya terdapat kerosakan/defect pada rumah baru tuan puan, jangan risau kerana pemaju akan beri tempoh waranti. Dan kerosakan akan dibaiki secara PERCUMA selagi masih dalam tempoh waranti!

So bila tuan puan dah dapat kunci rumah, pastikan buat defect checklist dan check betul-betul sebarang kecacatan dalam rumah tersebut. Berbeza dengan rumah subsale atau second hand yg tuan puan tidak akan tau apa kerosakan yg akan terjadi walaupun luaran rumah tersebut nampak cantik dan masih dalam keadaan baik.

Kelebihan yg ketiga adalah yg paling menguntungkan kerana tuan puan akan dapat pakej promosi dari developer. Kebiasaannya, pemaju akan tawarkan banyak barang percuma kepada pembeli seperti kabinet percuma, aircond percuma dan macam-macam lagi.

Tuan puan juga boleh menikmati diskaun bagi pembeli bumiputera. Adakalanya pemaju akan tanggung duti setem dan kos-kos guaman. Tak kurang juga ada yg beri diskaun atau rebat bagi 1000 pembeli terawal contohnya. Manakala, kalau tuan puan beli rumah subsale, semua kos-kos tersebut tuan puan kena tanggung, malahan kena sediakan deposit sebanyak 10% pula dari harga rumah!

Dan yg terakhir adalah design rumah lebih moden dan mengikut trend terkini. Projek perumahan baru biasanya akan membuat design yg lebih moden dan mengikut trend serta citarasa terkini. Sekiranya rumah masih dalam pembinaan, tuan puan boleh berbincang dengan pemaju dan mengikut citarasa yg diingini.

Namun kalau tuan puan beli rumah second hand pula, kenalah terima rumah tu seadanya. Kalau nak buat renovation atau penambahan ruang, sudah tentulah banyak belanja yg tuan puan kena keluarkan pula utk cover kos renovation tersebut.

Semoga sharing admin pada hari ni dapat membantu tuan puan dalam membuat keputusan nak beli rumah baru ataupun rumah second hand pada suatu hari nanti. InshaaAllah.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa