CARA MUDAH NAK SIMPAN DUIT GAJI GUNA FORMULA 50:30:20!

Pernah tak setiap kali dapat gaji saja duit tuan puan habis entah kemana? Sebab tuan puan belum ada planning kewangan yg mantap. So sharing kali ni admin belanja sikit cara menyimpan duit gaji yg sangat mudah! Tak susah sebenarnya nak menabung kalau tuan puan amalkan formula 50:30:20 ni.

Pecahkan kepada 3 tujuan menabung, iaitu..

  • 50% untuk Keperluan
  • 30% untuk Kehendak
  • 20% untuk Simpanan

Tetapkan 50% daripada gaji bersih sebagai simpanan untuk KEPERLUAN.

50% keperluan bermaksud bayaran yg WAJIB tuan puan bayar setiap bulan. Contohnya, sewa rumah, personal loan, takaful, loan kereta, bil-bil utiliti, dan lain-lain.

Perbelanjaan asas seperti barang dapur, minyak kereta dan duit belanja utk ibu bapa pun termasuk dalam bahagian ni juga tau. So, tuan puan kena tetapkan bajet bulanan utk bahagian ni dengan betul agar tidak terlebih daripada 50% perbelanjaan.

Contoh:

Gaji bersih: RM2,500

Simpanan: RM2,500 x 50% = RM1,250

Simpanlah maksimum sebanyak 30% sahaja untuk KEMAHUAN.

Kemahuan merujuk kepada perbelanjaan yg kurang penting dan berubah-ubah mengikut kemahuan tuan puan termasuklah keinginan utk travel, makan di cafe hipster, dan banyak lagi.

Misalnya tuan puan ada niat nak bawa family jalan-jalan makan angin, so tuan puan boleh guna simpanan ni tanpa mengganggu tabung simpanan yg lain.

Contoh:

Gaji bersih: RM2,500

Simpanan: RM2,500 x 30% = RM750

Pastikan ada SIMPANAN @ MELABUR sebanyak 20% untuk dana kecemasan.

Tabungan sebanyak 20% untuk dana kecemasan sangat penting sebab malang selalunya tidak berbau. Contoh dana kecemasan yg tuan puan boleh simpan seperti tabung kecemasan, perlindungan takaful, pelaburan, dan persaraan.

Jadi penting untuk tuan puan sediakan payung sebelum hujan dengan menyediakan tabung kecemasan sekiranya berlaku kesempitan duit yg tidak dijangka. Contohnya, kereta rosak dan perlu dibaiki dengan segera.

Contoh:

Gaji bersih: RM2,500

Simpanan: RM2,500 x 20% = RM500

Bagaimana? Mudah bukan nak menyimpan guna formula ni? So, bolehlah tuan puan mula menyimpan untuk gaji pertama tahun 2019 ni. Selamat berjaya!

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa