Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

SEBELUM BUAT PINJAMAN PERUMAHAN, KETAHUI DULU 4 PERKARA ASAS NI!

Admin tahu mesti ada antara tuan puan yg teruja nak beli rumah, lebih-lebih lagi yg first-timer tu. Haa kalau tak cukup ilmu tentang pinjaman, macamana nak apply loan perumahan? Sebelum nak apply loan pula, kenalpasti dulu kemampuan tuan puan untuk bayar semula loan tersebut.

Jadi sharing kali ni admin berbesar hati nak share ilmu penting tentang loan perumahan dan 4 perkara asas yg tuan puan perlu tahu sekiranya nak apply pinjaman perumahan.

Yg pertama adalah ketahui jumlah pinjaman yg layak tuan puan pinjam.

Kebiasaannya, bank akan meminjamkan 80% – 90% daripada harga pasaran rumah kepada tuan puan. Maksudnya, tuan puan perlu sediakan sekurang-kurangnya sebanyak 10% – 20% daripada harga rumah sebagai deposit. Namun sebaik-baiknya, tuan puan mempunyai lebihan duit simpanan kerana terdapat banyak lagi kos-kos lain yg perlu ditanggung atau bayaran yg tidak termasuk dalam jumlah pinjaman dari bank.

Tapi sebelum tuan puan membayar deposit rumah, periksa dulu kelayakan pinjaman perumahan dgn bank yg menjadi pilihan tuan puan. Ini penting kerana ramai yg menganggap pinjaman mereka confirm lulus tanpa periksa dulu kedudukan kredit dgn bank, bila bank tak approve loan, deposit rumah tu akan burn begitu saja. Kan tuan puan dah rugi! Maka jangan buat keputusan terburu-buru soal bayar deposit.

Seterusnya, tuan puan mesti kenalpasti jenis pinjaman perumahan yg boleh dipohon.

Ada pelbagai pinjaman perumahan yg boleh menjadi pilihan tuan puan. Antaranya adalah Standard Home loan, Flexi Home loan, Islamic Home loan. Standard Home loan merujuk kepada jenis pinjaman perumahan yg biasa dipohon dalam pasaran. Pinjaman rumah flexi pula menjadi pilihan bagi tuan puan yg mempunyai lebihan wang dalam tangan. Manakala pinjaman rumah islamik pula khasnya utk pembeli Muslim.

Setiap bank mempunyai kadar faedah yg berbeza bagi pinjaman perumahan. Jadi tuan puan perlu buat pilihan betul-betul sebelum memilih bank yg mana satu utk tuan puan apply loan.

Yang ketiga pula ialah ketahui kadar bunga.

Dalam pinjaman perumahan, biasanya terdapat dua jenis perjanjian berdasarkan kadar faedah yang dikenakan yg tuan puan perlu tahu iaitu kadar tetap dan kadar terapung. Kadar faedah tetap kekal sama dan tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Peminjam tahu berapa bayaran yang perlu dibuat setiap bulan kerana jumlahnya tetap. Tidak ada kejutan yang boleh mengganggu komitmen bulanan peminjam. Walau bagaimanapun, pinjaman kadar faedah tetap biasanya lebih mahal berbanding kadar faedah terapung.

Walaupun lebih murah daripada kadar tetap, kadar faedah terapung pula mungkin boleh berubah dalam jangka masa sepanjang tempoh bayar balik dan ia boleh menjejaskan pengiraan faedah pinjaman. Perubahan faedah boleh menyebabkan penambahan dalam jumlah ansuran bulanan atau tempoh pembayaran balik pinjaman.

Akhir sekali adalah ambil tahu berapa lama lock-in period atau lebih dikenali sebagai tempoh berkunci.

Tempoh berkunci bermaksud tempoh masa yang perlu dilalui sebelum peminjam dibenarkan mengakhiri perjanjian pinjaman perumahan sama ada dengan membayar keseluruhan baki pinjaman atau memindahkan baki pinjaman ke bank lain. 

Andai kata tuan puan nak tamatkan perjanjian, tuan puan boleh dikenakan bayaran penalti jika tamatkan perjanjian semasa tempoh berkunci tersebut belum habis. Apa yg perlu tuan puan lakukan adalah cari perjanjian pinjaman yang mempunyai tempoh berkunci terpendek dan penalti terendah.

Semoga perkongsian ni bermanfaat utk tuan puan yg berhasrat nak apply loan perumahan. Memandangkan tuan puan akan terikat dgn komitmen bulanan yg sangat lama maka buatlah keputusan yg terbaik sebelum membuat pinjaman perumahan.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa