PROJEK MEGA BAKAL MEMACU EKONOMI BANDARAYA KOTA KINABALU

KOTA KINABALU: Bandaraya Kota Kinabalu bakal membangun pesat apabila satu projek mega akan dilaksanakan di sekitar pelabuhan lama di sini untuk memajukan industri pelancongan dan kawasan persinggahan kapal pelayaran mewah.

Pengarah Urusan Kumpulan Suria Capital Holdings Berhad Ng Kiat Min berkata, lokasi yang terletak di Laut China Selatan dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu menjadikan kawasan itu sangat strategik untuk dibangunkan semula.

“Antara projek itu termasuklah Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang melibatkan keluasan tapak 15 ekar, Bandar Konvensyen Kota Kinabalu (8.33 ekar), Jesselton Quay (16.25 ekar), dan sejumlah tujuh ekar keluasan untuk pembangunan One Jesselton Waterfront, Terminal Kapal Pelayaran Mewah Antarabangsa (ICT) dan cadangan pembinaan Terminal Feri.
 
“Keseluruhan pembangunan ini dikenali sebagai Jesselton Waterfront City (JWC),” katanya dalam satu Kunjungan Hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau berkata, kunjungan hormat itu turut bertujuan untuk mencari mekanisme bersama bagaimana syarikat itu dan kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengadakan kerjasama dalam pembangunan itu.

Katanya, JWC akan menjadikan kawasan pelabuhan lama itu sebagai satu destinasi Waterfront yang bertaraf dunia seterusnya mengubah landskap bandaraya ini dikenali pada peringkat antarabangsa.

Kredit: Yap Siong Han, Utusan Borneo

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa