JOM LIHAT 4 CONTOH WARNA CAT DI DALAM RUMAH YANG BOLEH BUAT RUANG TAMU KECIL NAMPAK LUAS!

Pemilihan warna cat rumah merupakan salah satu faktor penting juga yg perlu tuan puan pertimbangkan. Ini kerana setiap warna mempunyai maksud yg tersendiri menurut pakar psikologi. Antara warna-warna yg popular dan sering menjadi pilihan adalah warna putih, krim atau coklat kerana warna-warna ni nampak lebih selamat.

Namun sekiranya tuan puan kreatif dan bijak menggabungkan kombinasi warna yg tepat, sudah tentu ruang tamu tuan puan akan nampak lebih menarik! Warna cat juga boleh mempengaruhi saiz ruang tamu rumah, bilamana ruang tamu yg sempit nampak luas manakala yg luas boleh nampak sempit sekiranya tersalah pilih warna.

1. Kombinasi Warna Hitam + Putih

Kredit foto: pinterest

Kombinasi warna ni boleh buat ruang tamu tuan puan nampak lebih simple tapi exclusive. Tuan puan yg bijak bermain dgn rona warna hitam dan putih akan menunjukkan kedalaman dalam sesuatu ruang tersebut dan kombinasi yg paling sesuai dgn warna hitam adalah warna putih agar ruang tersebut nampak lebih luas.

2. Kombinasi Warna Biru Muda + Putih

Kredit foto: Desainrumahterkini.blogspot.com

Sekiranya tuan puan memilih untuk menggunakan kombinasi warna biru muda dan putih, tentu ruang tamu akan kelihatan lebih menenangkan dan luas. Selain mampu mengurangkan tekanan darah, warna biru juga membantu memperlahankan pernafasan dan degupan jantung supaya berada dalam keadaan rehat kerana warna biru merupakan salah satu daripada warna sejuk.

3. Kombinasi Warna Coklat + Putih

Jika tuan puan memilih tona warna coklat, ianya merupakan warna yang dianggap selamat dan pada masa yang sama bersifat fleksibel kerana mudah dipadankan dengan apa sahaja warna yang diinginkan. Kombinasi warna coklat dan putih juga membuatkan ruang kelihatan lebih moden dan kemas.

4. Kombinasi Warna Hijau + Kelabu

Kredit foto: ruangtamu.net

Pilihan cat warna hijau tidak pernah salah sekiranya tuan puan adalah pencinta alam semulajadi. Warna hijau mampu membuat ruang tamu kelihatan damai dan dipercayai mampu mengurangkan stress dan merupakan warna yg melambangkan kesuburan.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa