Mari saya kongsikan update terkini

Jom
50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Tiada masalah untuk Unsubscribe bila-bila masa

Saya adalah Perunding Hartanah berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Meminati perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Jom jadi yang pertama membaca artikel terkini saya..

Klik

100% Privacy

50% Complete

Jom dapatkan update terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan yang terbaik

Jgn bimbang, anda boleh Unsubscribe bila-bila masa

ASAH KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH

Pembangunan kemahiran berfikir adalah antara pembangunan sumber manusia yang paling penting dalam sesebuah organisasi. Tetapi malangnya, banyak organisasi memandang sepi pembangunan kemahiran ini. Kenapa pula?

Menurut Mohd. Michael Abdullah dalam bukunya ‘Pemikiran Kritis’, pemikiran adalah kebolehan manusia untuk mencipta gagasan dan pengertian, berhujah, menilai dan membuat keputusan.

Jika melihat pada tafsiran ini, maka ini adalah antara kemahiran yang paling diperlukan oleh seseorang pekerja untuk menjadi lebih produktif dan efektif dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Malahan menurut laporan Bank Dunia, selain kemahiran komunikasi, kemahiran yang paling kurang dalam graduan baru Malaysia adalah kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

Mungkin kerana menyedari kekurangan ini, maka kerajaan telah menyemai pelbagai usaha sejak dari sekolah rendah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dengan melaksanakan program pembelajaran seperti Pemikiran Kritis dan Kreatif pada akhir 90-an dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (K-BAT) pada beberapa tahun lepas.

Tetapi bagaimanakah golongan pekerja boleh meningkatkan kemahiran berfikir? Berikut disenaraikan antara langkah-langkah untuk berbuat demikian.

1. Ikut kursus berkaitan dan manfaatkan pembelajaran yang diperoleh 

Antara cara paling mudah untuk meningkatkan kemahiran berfikir adalah dengan menghadiri kursus yang berkaitan.

Terdapat banyak syarikat latihan yang menawarkan latihan berfikir tetapi yang paling penting adalah pengajar tersebut hendaklah berkemahiran tinggi dalam bidang tersebut.

Kursus yang dicadangkan hendaklah melibatkan kaedah pengajaran yang berkesan dan melibatkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Kaedah pengajaran melalui ‘slaid’ adalah tidak digalakkan. Latihan perlulah melibatkan penyertaan aktif  pengajar dan pelajar.

Dari segi kos, majikan boleh memohon untuk mendapatkan dana daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Untuk mencapai situasi menang-sama-menang, pihak majikan perlu lebih terbuka dan sentiasa menerima dengan fikiran terbuka idea-idea pekerja yang baru balik menghadiri kursus.

Terdapat banyak kes di mana, pekerja yang baru balik dari kursus tidak dapat mengaplikasikan ilmu baharu mereka kerana pihak atasan tidak dapat menerima idea-idea baharu.

2. Zahirkan budaya berfikir dan menyelesaikan masalah 

Kebanyakan organisasi kurang selesa dengan pekerja yang suka berfikir dan menyelesaikan masalah kerana pekerja sebegini dianggap sebagai pekerja yang suka memberontak dan tidak mendengar cakap pihak atasan kerana mempunyai idea-idea tersendiri.

Pekerja sebegini seharusnya dibimbing dan diberi perhatian lebih kerana berani berfikir dan tidak membuta tuli menerima arahan.

Budaya kerja yang sihat dapat mengoptimumkan potensi diri seseorang dan dengan ini juga menyumbang kepada kemajuan syarikat secara tidak langsung. Sumber utama bagi sesebuah organisasi adalah pekerjanya dan hendaklah dihargai sebaik mungkin.

3. Kurangkan budaya bermesyuarat secara fizikal

Malaysia terkenal dengan budaya bermesyuarat. Budaya ini kebanyakannya tidak menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada menyampaikan masalah. Budaya bermesyuarat mengambil masa yang panjang setiap hari dan lebih merupakan satu kerugian masa.

Masa bermesyuarat secara fizikal boleh diringkaskan sekiranya mereka yang terlibat menggunakan alatan teknologi seperti Google Drive untuk mengadakan sesi sumbangsaran (brainstorming) buat tempoh tertentu.

Kredit foto:Telexindo Bizmart

Sesi sumbangsaran dapat menjimatkan masa dan lebih menyumbang kepada budaya kerja yang aktif di mana setiap orang bebas memberi pendapat dan semua pendapat dicatat dan diambil perhatian. Budaya bersumbangsaran juga dapat membentuk pekerja untuk lebih banyak berfikir dan berani memberi pendapat.

Mesyuarat secara fizikal boleh diadakan pada akhir tempoh sesi sumbangsaran untuk menetapkan hala tuju yang ingin diambil untuk maju dalam sesebuah projek berkenaan. 

4. Gunakan kaedah berfikir atau penyelesaian masalah yang inovatif 

Terdapat banyak kaedah berfikir dan penyelesaian masalah.

Yang paling mudah adalah 5W1H, iaitu kaedah bertanya (siapa, apa, di mana, bila, kenapa, bagaimana) soalan berhubung sesuatu proses atau masalah penambahbaikan.  Dengan cara ini, pengguna dapat megenal pasti masalah dengan berkesan. Kaedah ini lebih merupakan cara asas.  

Antara tokoh terkemuka dalam penyelesaian masalah adalah seperti Edward De Bono dan Buzan. De Bono terkemuka dengan konsep pemikiran lateral (lateral thinking), iaitu proses yang menggunakan maklumat untuk mewujudkan pembentukan semula kreativiti dan wawasan. Buzan pula adalah pencipta peta minda (mind map), teknik grafik hebat yang berupaya membuka potensi otak manusia.  

Bagi tokoh yang terlibat kebanyakannya dalam bidang kawalan kualiti, nama seperi Ishikawa, Juran dan Deming adalah nama yang terkenal. Tokoh-tokoh ini telah mencipta kaedah mudah untuk mengenal pasti masalah dan mencari punca utama masalah tersebut.

Ahli fizik terkemuka dunia, Albert Einstein pernah berkata jika beliau mempunyai 1 jam untuk menyelesaikan masalah, maka 50 minit akan digunakan untuk mengenal pasti punca masalah tersebut.

Dengan alat-alat berfikir, punca sesuatu masalah dapat dikenal pasti dan penyelesaian masalah juga mengambil masa lebih pendek dan lebih efektif.

5. Lanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi

Pelajaran formal adalah antara cara paling mudah untuk meningkatkan kemahiran berfikir. Dalam menuntut ilmu, kemahiran penyelesaian masalah akan digunakan secara sepenuhnya apabila seseorang mahu menyelelesaikan tugasan atau latihan yang diberi oleh pensyarah masing-masing.

Jika seseorang pekerja mahu meningkatkan kemahiran berfikir, dicadangkan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Pihak syarikat juga dapat memberi bantuan kewangan seperti menaja pekerja untuk melanjutkan pelajaran atau memberikan elaun khas bagi pekerja yang mahu melanjutkan pelajaran.

Akhir kata

Pembangunan diri bukanlah mengambil masa sehari dua untuk melihat hasilnya. Bak kata pepatah, ‘Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.’ Ini bermakna dalam sesuatu pekerjaan, usaha sentiasa diperlukan dan setiap usaha itu perlu dikerjakan dengan bersungguh-sungguh.

Dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 seseorang boleh memiliki pelbagai kemahiran dan ilmu tetapi tanpa kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang tinggi, segala ilmu dan kemahiran yang ada akan gagal digunakan secara optimum.

Kredit: Mohd Hasnul Mohd Sani

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa