AMANAH SABAH BANTU KEMPEN CALON WARISAN DI KIMANIS

KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara (Amanah) akan membantu memastikan kemenangan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada Januari tahun depan.

Menurut Pengerusi Amanah Sabah, Lahirul Latigu semua jentera parti dari seluruh kawasan di negeri ini ini akan digerakkan bagi membantu kempen calon Warisan pada pilihan raya kecil berkenaan.

“Amanah akan menyokong serta bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon Warisan dalam PRK Kimanis dan semua jentera termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Warda akan diaktifkan.

“Jentera Amanah akan diaktifkan segera untuk turun padang bertemu masyarakat dan ahli di kawasan Kimanis,” katanya ketika ditemui sempena program Retreat Amanah Sabah di sini, semalam.

Lahirul berkata sokongan yang diberikan kepada Warisan itu sejajar dengan misi parti itu untuk memakmurkan negeri berpaksikan semangat setiakawan dalam kerajaan negeri Sabah.

Pada 16 Disember lalu SPR menetapkan PRK Parlimen Kimanis akan diadakan pada 18 Januari manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 4 Januari dan pengundian awal adalah pada 14 Januari.

PRK Parlimen Kimanis diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen itu setelah Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di Parlimen Kimanis pada PRU14 itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Pada PRU14, calon Warisan Datuk Karim Bujang yang juga Ketua Bahagian Warisan Kimanis tewas tipis 156 undi kepada Anifah.

Karim kemudiannya memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada ketika itu. 

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa