Amanah Sabah mula bincang jentera kempen PRK Kimanis

Parti Amanah Negara Negeri Sabah mula membentuk jentera parti yang akan membantu kemenangan calon warisan di Pilihanraya Kecil Kimanis yang bakal diadakan.

Menurut Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Sabah Lahirul Latigu, pihak Parti akan terus berhubung dengan Penyelaras-penyelaras di semua kawasan Amanah dinegeri ini bagi memberi penerangan dan melihat sendiri persiapan yang akan dilaksanakan.

Beliau turut menyarankan agar semua penyelaras serta ahli-ahlinya dapat turun ke kawasan kimanis dalam masa terdekat serta sentiasa melihat isu-isu yang perlu dibangkitkan dan memberi penerangan jelas kepada pengundi-pengundi dikawasan kimanis agar tidak terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan pembangkang yang tidak benar dan mengelirukan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pertemuan bersama jentera Parti Amanah Kawasan Sipitang, Beaufort dan Kimanis. Turut hadir pada pertemuan ini Hashim Deris Penyelaras Sipitang, Ramlih Ukin penyelaras Kawasan Beaufort dan jawatankuasa masing-masing.

Pada 16 Dis, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kimanis pada 18 Jan, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 4 Jan, manakala
pengundian awal akan dilaksanakan pada 14 Januari.

PRK Parlimen Kimanis diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi parlimen itu setelah Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di Parlimen Kimanis pada PRU14 itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya. Pada PRU14, calon Warisan Datuk Karim Bujang yang juga Ketua Bahagian Warisan Kimanis tewas tipis 156 undi kepada Anifah.Karim kemudiannya memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional.
-End-

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa