AMANAH Sabah sokong keputusan Shafie Berita penuh

KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara negeri Sabah yakin dengan keputusan kepimpinan negeri mengekalkan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad meletakkan Sabah sebagai negeri pembangkang di peringkat persekutuan.

Pengerusinya Lahirul Latigu berkata, pihaknya akan sentiasa memberi sokongan penuh dan bekerjasama dengan parti dalam komponen di negeri ini untuk memantapkan sokongan politik, agar negeri ini dalam keadaan baik dan stabil di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Semangat rakan perjuangan bersama ketika PRU 14 merupakan satu titik persamaan apabila parti Amanah dan parti Warisan mempunyai satu misi iaitu menjatuhkan kepimpinan di bawah Barisan Nasional agar satu kerajaan baharu yang telus dan mendapat sokongan rakyat dapat dibentuk dan memimpin negeri ini.

“Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan presiden Bersatu, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama BN, PAS GPS serta wakil rakyat bebas.

“Bagaimanapun, jumlah pecahan sokongan sebenar 222 ahli parlimen masih dipersoalkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sesi parlimen akan datang.

Katanya, Sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung 9 Mac ini, ditunda kepada 18 Mei depan.

 oleh Yap Siong Han, Utusan Borneo

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa