Langkah “Sipitang”; Dimensi baru politik negeri Sabah

Menghadiri memenuhi jemputan dalam Pertemuan Khas bersama YB Datuk Dr Yussof Hj Yacob, Adun Sindumin merangkap Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah kelmarin . Sebagai anak kelahiran Parlimen Sipitang sendiri, duduk sepentas dengan pemimpin yang amat di hormati di kawasan Parlimen saya, ia adalah satu penghargaan.

Saya tertarik untuk hadir memenuhi Jemputan Majlis bagi mendengar sendiri dari pimpinan kanan WARISAN terutamanya YB Datuk yang juga merangkap Menteri dalam kerajaan Sabah terutamanya setelah WARISAN mengambil keputusan nekad bersama blok PH menyokong kepimpinan Tun.

Keputusan yang menjadikan Sabah sebagai kerajaan negeri pembangkang kepada Persekutuan selepas PRU14 lepas. Agak kekok juga pada awalnya apabila secara sepontan diminta berucap oleh YB Datuk dalam majlis. Mesti Confirm, lepas ini walaupun dalam tentatif program dan penganjur juga telah sahkan tiada ucapan, sebagai ahli politik kena sedia dengan segala kemungkinan.

Apapun intipati ucapan saya jelas, bahawa perubahan kepimpinan kerajaan perseketuan sekarang ini adalah sesuatu yang sesuatu yang tidak boleh diterima dalam landas-landas politik yang luhur malah ia juga adalah suatu pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang diberi pada PRU14 lepas.

Mewakili Parti AMANAH negeri Sabah saya juga menyampaikan ucapan terima kasih dan sokongan penuh terhadap kerajaan Sabah di bawah Pimpinan YAB Datuk Seri Shafei Apdal. Terima Kasih kepada WARISAN Sipitang kerana membawa AMANAH Sipitang bersama-sama dalam kesepakatan baru bersama membangkit dan memberi kesedaran terhadap rakyat. Saya berharap agar program seumpamanya ini akan dapat disebarluaskan di serata Parlimen/Bahagian negeri Sabah.

Sampai giliran YB Datuk Dr Yussof mengambil tempat untuk memberi ucapan, saya berusaha untuk menekuni dan mengamati setiap bait kata-kata beliau. Ternyata orang lama, pengisahan dan pengiktibarannya bersahaja tetapi penuh isi yang menjadi naratif kepada pendirian WARISAN dalam menetapkan sokongan terhadap kepimpinan Tun M yang mengheret WARISAN menjadi Pembangkang di peringkat Persekutuan.

Pengisahan dari sejarah kemanusiaan dan Parti lama beliau tidak lain bermula dari sikap pentingkan diri, tamak dan gelojoh pemimpin yang membawa kepada perpecahan, kekalahan seterusnya kehancuran. Ya betul sejarah berulang dan apa yang berlaku di depan mata dalam krisis politik pada kali ini adalah cermin pada apa yang pernah berlaku sebelum ini.

Antara butir-butir yang menjadi teras ucapan beliau lain adalah WARISAN menolak sebarang kerjasama politik dengan kerajaan sekarang tetapi akan bekerjasama dalam bentuk “Kerajaan ke Kerajaan” (G to G).

Kerajan negeri akan tetap kukuh dan stabil. WARISAN akan terus berpakat dan bekerjasama dengan PH termasuk berkongsi kemakmuran, sesuatu yang amat menggembirakan saya kerana sebelum ini AMANAH di Sabah masih belum benar-benar mendapat tempat dan ruang dalam kerajaan samada di peringkat Daerah, Parlimen mahupun di peringkat negeri.

Menutup ucapan beliau dengan kisah 3 orang sekawan yang berebut kekayaan dan membawa kepada rancangan pembunuhan dan akhirnya kematian kepada semua mereka adalah iktibar terhadap pengukuhan kerjasama Politik dan perkongsian antara WARISAN dan semua Rakan Pakatan politik terutamanya dalam pimpinan YB Datuk di Sipitang.

Saya mengharapkan ianya menjadi realiti. YB Datuk Dr Yussof telah memulakan satu yang amat baik dan penting dalam dimensi baru politik pasca perubahan kuasa ini. Saya amat berharap ia mendapat perhatian dari YAB Ketua Menteri Datuk Seri Shafei untuk mengembangkan program dan kerjasama politik dimensi baru ini ke segenap peringkat di negeri Sabah.

Bersatu kita Teguh
Bercerai kita Roboh

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa