Kenyataan Media: Perlantikan Menteri dari Sabah

  1. Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah mengambil maklum terhadap perlantikan 2 orang menteri dan 4 orang timbalan menteri dari Sabah ke kabinet.
  2. Bagaimanapun Parti AMANAH negeri Sabah berangapan perlantikan tersebut adalah tidak mewakili majoriti suara rakyat Sabah yang mengundi melakukan perubahan dalam PRU14 lepas yang memilih WARISAN, PH dan Upko menjadi Kerajaan negeri Sabah di Bawah pimpinan YAB Datuk Seri Shafei Apdal.
  3. Perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri dari Ahli Parlimen yang minoriti, daripada parti yang hanya memiliki seorang dua sahaja ahli dalam parlimen hingga ada yang masih tidak dipastikan kedudukannya dalam Parti merupakan tindakan memuaskan kehendak dan imbuhan parti-parti dan mereka yang terlibat dalam pembentukan kerajaan pintu belakang.
  4. Ia tidak akan banyak memberi manfaat secara langsung terhadap usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Shafei Apdal dalam membangunkan dan mengangkat hak negeri Sabah terutama melalui Perjanjian Malaysia 1963 walaupun kementerian khusus ditubuhkan untuk hak Sabah dan Sarawak.
  5. Perlu diingatkan juga bahawa sebarang usaha melalui terhadap Sabah perlu di bawah pengetahuan dan rundingan Kerajaan negeri Sabah sebagai sebuah kerajaan yang sah bukannya tindakan sepihak sahaja.

Lahirul Latigu
Pengerusi Parti Amanah Negera (AMANAH) Sabah

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

50% Complete

Saya ingin sentiasa Update dengan maklumat terkini

Subscribe tanpa spam. Dapatkan update terbaik

Anda boleh Unsubscribe bila-bila masa