BAHAYA BERFIKIRAN NEGATIF

Secara senyap-senyap, pemikiran negatif akan menyelinap masuk dalam minda kita. Dan mulalah kita merasa ragu-ragu dalam melakukan sesuatu.

Adakalanya kita bermula dengan positif dan penuh bersemangat untuk mencapai kejayaan yang kita idam-idamkan, tetapi, apabila ada suara negatif dari pihak lain, seakan telah memakan diri sendiri dan berjangkit kita pula berfikir negatif.

Inilah penangannya pemikiran negatif.

Ya, ianya sangat sukar untuk dihalang. Lebih-lebih lagi sekiranya negativiti tersebut datang dari pihak lain.

Masalahnya, pemikiran negatif adalah lebih kuat dari pemikiran positif.

FORMULA UNTUK MENCAPAI APA SAHAJA MATLAMAT ANDA!

Rahsia kejayaan seseorang yang berjaya sudah pasti dia seseorang yang mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan. Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah ini, itulah formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda yang saya sendiri gunakan setiap hari!

1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

ASAH KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH

Pembangunan kemahiran berfikir adalah antara pembangunan sumber manusia yang paling penting dalam sesebuah organisasi. Tetapi malangnya, banyak organisasi memandang sepi pembangunan kemahiran ini. Kenapa pula?

Menurut Mohd. Michael Abdullah dalam bukunya ‘Pemikiran Kritis’, pemikiran adalah kebolehan manusia untuk mencipta gagasan dan pengertian, berhujah, menilai dan membuat keputusan.

Jika melihat pada tafsiran ini, maka ini adalah antara kemahiran yang paling diperlukan oleh seseorang pekerja untuk menjadi lebih produktif dan efektif dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Malahan menurut laporan Bank Dunia, selain kemahiran komunikasi, kemahiran yang paling kurang dalam graduan baru Malaysia adalah kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EJEN HARTANAH

Apakah itu ejen hartanah berdaftar?

Ejen hartanah berdaftar adalah pemegang lesen yang diberi kuasa untuk menjalankan urusan perniagaan melalui penubuhan syarikat/agensi atau secara individu berkaitan menguruskan proses jual, beli, sewaan mahupun pajakan berkaitan dengan hartanah. Lesen ini dikeluarkan oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Mereka ini tergolong daripada graduan universiti yang memiliki ijazah, diploma mahupun sijil yang berkaitan dengan hartanah. Mereka perlu menyiapkan tugasan-tugasan dan ditemuduga oleh pihak LPPEH sebelum melayakkan mereka memperoleh lesen tersebut. Ini untuk memastikan individu tersebut kompeten dalam menjalankan urusniaga apabila memperolehi lesen kelak.

5 MASALAH KEWANGAN YANG BIASA DIALAMI DAN CARA PENYELESAIANNYA

Sebagai manusia yang bertanggungjawab, kita perlu sedar dengan punca dan kelemahan dalam pengurusan kewangan. Bila kita tahu kelemahan masing-masing, baru kita dapat melakukan tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku dalam kehidupan kita.

Sama ada kita sedar atau tidak, ramai di antara kita yang mengalami 5 masalah berikut:

1. Tiada Simpanan Kecemasan

Mengikut kajian, 3 daripada 4 rakyat Malaysia tiada simpanan RM1,000 yang boleh digunakan untuk kecemasan. Padahal kalau diikutkan sifu-sifu kewangan, kita memerlukan tabung kecemasan sebanyak 3 ke 6 bulan daripada gaji bulanan kita.

7 KUNCI KEJAYAAN ORANG YANG BERJAYA

ANDA INGIN JADI ORANG YANG BERJAYA?

Apakah anda penakut?
Apakah anda pemalas?
Apakah anda orang pesimis?
Apakah anda takut gagal?

Orang sukses adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan. Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan. Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan. Apa sebenarnya yang mereka ketahui dan lakukan untuk menjadi orang berjaya?

Berikut adalah tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:

1.

PENGARUH SIKAP DALAM MEMBINA KEJAYAAN

Berdasarkan pandangan kebanyakan pakar motivasi, 80% kejayaan dalam hidup ini bergantung pada sikap, 19% kejayaan bergantung pada ilmu dan hanya 1% sahaja yang bersandar pada nasib.

Sikap dan ilmu adalah penentu kepada faktor yang 1%, sama ada bernasib baik atau tidak. Justeru, terpanggil untuk admin coretkan sedikit ulasan sekadar renungan bersama.

Pengaruh sikap

Secara kasar, dalam kehidupan ini, dalam kalangan orang yang berilmu ada yang kurang berjaya, dan juga ramai yang bijak tetapi kurang cemerlang.

Mereka tahu,

15 TIPS PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI YANG MUDAH

#1 Berbelanja kurang daripada pendapatan

Jika terdapat peraturan asas kewangan peribadi tunggal, inilah dia. Anda perlu berbelanja kurang daripada apa yang anda perolehi dan meletakkan perbezaannya untuk masa depan supaya anda masih boleh hidup sewaktu anda tua dan tidak lagi mempunyai peluang dan tenaga seperti hari ini kelak. Tanpa pendapatan yang lebih besar dari perbelanjaan, anda tidak akan dapat mencapai matlamat kewangan yang besar tanpa keajaiban – di mana anda tidak boleh bertaruh masa depan anda dengan keajaiban.

#2 Berikan tumpuan pertama untuk bina dana kecemasan anda

Jika anda tidak mempunyai dana kecemasan tunai yang berada di dalam akaun simpanan bank anda, 

3 TABIAT DUIT YANG MEMBEZAKAN ANTARA KAYA DAN MISKIN

Antara nasihat Jim Rohn yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai sekarang ialah “Mengapa tidak bekerja sepenuh masa untuk profesyen anda dan bekerja separuh masa untuk bina kemewahan anda?” Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang sebenarnya tidak janggal untuk kita mempunyai lebih dari satu pekerjaan. Sebaik-baiknya menurut Encik Rohn, bekerjalah sepenuh masa untuk dapat gaji, tetapi pada masa yang sama, bekerjalah “part-time” untuk membina kemewahan masa depan.

Bukankah lebih bagus rasanya apabila kita katakan, “Saya sedang berusaha untuk menjadi kaya. Saya bukannya bekerja hanya untuk membayar bil-bil dan hutang saya sahaja“.

6 LANGKAH UNTUK MERANCANG KEJAYAAN ANDA

Jim Rohn merupakan salah seorang mentor dalam aspek pembangunan kendiri di Amerika. Saya diperkenalkan dengan buku-buku dan CD syarahan beliau beberapa tahun dahulu, semasa saya mengikuti program pembangunan kendiri oleh sabuah syarikat network maketing di Kota Kinabalu. Sehingga hari ini, idea-idea dan ilmu beliau masih relevan, dan saya masih lagi mendengar CD audio beliau sewaktu memandu kereta pergi dan balik dari kerja.

Antara nasihat beliau yang bagus dalam aspek pembangunan kendiri ialah tentang bagaimana untuk merancang haluan dan hala tuju hidup anda. Menetapkan matlamat sebenar anda. Ke mana anda hendak pergi di dalam hidup.