PROJEK MEGA BAKAL MEMACU EKONOMI BANDARAYA KOTA KINABALU

KOTA KINABALU: Bandaraya Kota Kinabalu bakal membangun pesat apabila satu projek mega akan dilaksanakan di sekitar pelabuhan lama di sini untuk memajukan industri pelancongan dan kawasan persinggahan kapal pelayaran mewah.

Pengarah Urusan Kumpulan Suria Capital Holdings Berhad Ng Kiat Min berkata, lokasi yang terletak di Laut China Selatan dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu menjadikan kawasan itu sangat strategik untuk dibangunkan semula.