SEBELUM BUAT PINJAMAN PERUMAHAN, KETAHUI DULU 4 PERKARA ASAS NI!

Admin tahu mesti ada antara tuan puan yg teruja nak beli rumah, lebih-lebih lagi yg first-timer tu. Haa kalau tak cukup ilmu tentang pinjaman, macamana nak apply loan perumahan? Sebelum nak apply loan pula, kenalpasti dulu kemampuan tuan puan untuk bayar semula loan tersebut.

Jadi sharing kali ni admin berbesar hati nak share ilmu penting tentang loan perumahan dan 4 perkara asas yg tuan puan perlu tahu sekiranya nak apply pinjaman perumahan.

Yg pertama adalah ketahui jumlah pinjaman yg layak tuan puan pinjam.

STEP BY STEP BELI RUMAH GUNA GOVERNMENT LOAN

Bekerja di sektor awam sememangnya mempunyai satu kelebihan kerana tuan puan boleh memohon pinjaman kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Kali ni admin akan kongsikan langkah-langkah utk beli rumah guna loan kerajaan seperti dibawah ni:

  • Cari dan lantik peguam hartanah utk uruskan pembelian rumah.

Setelah tuan puan jumpa rumah idaman, tuan puan perlu mencari dan melantik peguam yg boleh dipercayai utk menguruskan pembelian rumah tuan puan.

Lagi bagus sekiranya owner pun guna peguam yang sama supaya dapat memudahkan dan mempercepat urusan pembelian rumah tuan puan.