JOM LIHAT 4 CONTOH WARNA CAT DI DALAM RUMAH YANG BOLEH BUAT RUANG TAMU KECIL NAMPAK LUAS!

Pemilihan warna cat rumah merupakan salah satu faktor penting juga yg perlu tuan puan pertimbangkan. Ini kerana setiap warna mempunyai maksud yg tersendiri menurut pakar psikologi. Antara warna-warna yg popular dan sering menjadi pilihan adalah warna putih, krim atau coklat kerana warna-warna ni nampak lebih selamat.

Namun sekiranya tuan puan kreatif dan bijak menggabungkan kombinasi warna yg tepat, sudah tentu ruang tamu tuan puan akan nampak lebih menarik! Warna cat juga boleh mempengaruhi saiz ruang tamu rumah, bilamana ruang tamu yg sempit nampak luas manakala yg luas boleh nampak sempit sekiranya tersalah pilih warna.